Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
FacebookTwitter
                                 


 

WORLD URBAN FORUM  - WUF9

 

MELAKA: Melaka menjadi contoh model negeri paling ke hadapan dalam pembangunan berdaya tahan, mapan dan lestari menerusi penganjuran World Urban Forum Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kali ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata menerusi forum terbesar itu, Melaka terbukti menjadi satu-satunya negeri yang dijemput menyampaikan pembentangan kertas kerja membincangkan isu pembangunan perbandaran lebih baik dan selamat untuk didiami pada masa depan. 

"Saya diberi peluang untuk membentang kertas kerja di forum ini dan dapat menyediakan semuanya dalam bentuk visual dan mesyuarat plenari yang dianggotai enam pakar berkaitan sokongan kewangan yang membantu pembangunan mapan.

"Mereka (peserta forum) nampak kepentingan Melaka dalam pelbagai perkara termasuk teknologi hijau, pengurusan sisa pepejal dan tenaga serta kelestarian perbandaran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Santai bersama Ketua Menteri, sempena Lawatan Teknikal WUF9 membabitkan penyertaan 42 negara di seluruh dunia, di sini, hari ini.

WUF9 berlangsung pada 7 Februari lalu hingga esok di KLCC menjadi siri forum terbesar pernah dianjurkan sejak tahun 2002 dengan penyertaan 25,000 delegasi dari dalam dan luar negara.

Forum bertaraf antarabangsa itu membincangkan isu perbandaran, lebih 500 program termasuk sesi pembentangan kertas kerja, bengkel, sesi integrasi negara berkaitan, mesyuarat plenari, sesi khas, sidang meja bulat, dialog polisi dan perhimpunan.