Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
FacebookTwitter
                                 


3RD IMT-GT GREEN COUNCIL MEETING

 

NOOR Effendi bergambar bersama delegasi dari Melaka.

 

BANDARAYA MELAKA 6 Sept. – Penglibatan Melaka dalam 3rd IMT-GT Green Council Meeting dan 1st Green Cities Mayor Council Meeting ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri menjadi peneraju bandar teknologi hijau di Malaysia.

Exco Pendidikan, Sains & Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Noor Effendi Ahmad berkata, Melaka kini mendahului dalam teknologi hijau dan bukan mudah untuk membentuk rakyat ke arah pelaksanaan teknologi hijau.

Menurutnya, ini kerana ia merupakan satu usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keselamatan alam sekitar dan perkara ini pernah dialami oleh negara-negara lain ketika mula melaksanakan teknologi hijau kepada rakyatnya.

“Lebih membanggakan Melaka diangkat menjadi model Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di mana Melaka menjadi rujukan kepada dua bandar iaitu Medan, Indonesia dan Songkhla, Thailand sebagai bandar contoh untuk pelaksanaan teknologi ini.

“Kita juga bangga kerana Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menjadi antara agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab memperkenalkan Melaka sebagai negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan kempen teknologi hijau hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan kepada MelakaKini.

Terdahulu, Noor Effendi telah menghadiri 3rd IMT-GT Green Council Meeting dan 1st Green Cities Mayor Council Meeting di Aceh pada Ogos lalu.