Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
FacebookTwitter
                                 


HANG HIJAU MASKOT RASMI BAHARU PTHM

‘Hang Hijau’ maskot rasmi baharu PTHM


BANDARAYA MELAKA 26 Okt. – Tidak disangka muncul juara Pertandingan Reka Cipta Maskot, rekaan maskot idea Azli Lajis, 41, kini menjadi simbol rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

Menurut seorang pereka grafik akhbar tempatan di Kuala Lumpur itu, beliau tidak sangka muncul juara dalam pertandingan tersebut, sekali gus menjadikan ilhamnya sebagai simbol rasmi agensi itu.

Katanya, rekaan maskot bersimbolkan pahlawan Melayu bernama ‘Hang Hijau’ itu membawa pelbagai maksud yang melambangkan Melaka sebagai negeri berteknologi hijau.

Jelasnya, rekaan menggunakan pelbagai elemen seperti tanjak berbentuk daun hijau, sampin bermotifkan tumbuhan dan gambaran peta bumi rekaan digital itu sesuai digunakan sebagai simbol bandar teknologi hijau di negeri ini.

Azli berasal dari Serkam, Melaka berkata, tempoh menyiapkan rekaan grafik maskot tersebut mengambil masa seminggu sebelum menghantar ke agensi tersebut.

“Saya berminat mengikuti pertandingan ini apabila melihat sebuah iklan mengenainya dan membuka peluang kepada semua agensi dan individu bukan saja di Melaka, malah di seluruh negeri.

“Bukan senang nak reka maskot ini kerana saya perlu pelajari pelbagai teknik pembuatan maskot bertemakan teknologi hijau, malah saya perlu selaraskan dengan tema kesenian itu bagi memenuhi aspek yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita dekat sini, Jumaat lalu.

Beliau selaku juara pertandingan itu membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta trofi, sijil dan hamper disampaikan Ketua Menteri, Adly Zahari pada Malam Anugerah Hijau Melaka (AHM 2018).

Sambutan AHM 2018 yang diadakan di Hibiscus Grand Ballroom, Hotel Swiss Garden itu disambut meriah oleh setiap peringkat masyarakat termasuk individu, agensi swasta dan kerajaan.