Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


ECO-SCHOOLS SUMMIT MELAKA 2019 


 

AYER KEROH 18 Jan. – “Eco-School Summit 2019′ merupakan acara kemuncak program Eco-Schools sejak 2 tahun program ini dilaksanakan di sekolah-sekolah di Melaka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), S. Chandru.

 Jelasnya, Lebih 100 orang pelajar menyertainya didalam Eco-Schools Summit kali ini yang melibatkan 18 sekolah-sekolah di Melaka termasuk tiga sekolah dari Perak, Johor dan Sabah.

 “Mereka didedahkan dengan penghayatan teknologi hijau dan amalan untuk memelihara alam sekitar.

 “Saya yakin pelbagai faedah yang telah diperolehi oleh sekolah-sekolah yang menyertai program Eco-Schools ini khasnya dalam membudayakan amalan hijau dan memelihara alam sekitar.

 “Penglibatan pelajar dalam program ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Melaka sebuah negeri yang Berwibawa, Pintar, Hijau dan Bersih,” katanya.

 Chandru berkata demikian semasa berucap sempena penutupan Melaka Eco-School Summit 2019 di Hotel Seri Malaysia yang disempurnakan Ketua Menteri, Adly Zahari Khamis lalu.

 Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew; Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee.

 Turut hadir, Pengarah Eksekutif Green Growth Asia Foundation (GGAF), Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari dan Ketua Pegawai Eksekutif GGAF, K. Balamurugan.

 Jelas Chandru lagi, Program Eco-Schools Melaka dilaksanakan oleh PTHM ini mendapat kerjasama erat daripada Green Growth Asia Foundation dan disokong oleh World Wildlife Fund for Nature (WWF) dan Jabatan Pendidikan Melaka.