Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


PROGRAM SANTAI HIJAU DI SMK DURIAN TUNGGAL

 

DURIAN TUNGGAL 4 Mac – Kerajaan negeri mensasarkan lebih 100 sekolah dalam dan luar bandar menerima pengiktirafan Green Flag di bawah Program Eco- Schools menjelang 2022.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, saranan tersebut bakal memecah rekod dunia sekolah paling banyak menerima pengiktirafan Green Flag di mana anugerah tertinggi di bawah program Eco-Schools.

Katanya, usaha ke arah membudayakan hijau dalam kehidupan warga sekolah bukan perkara mudah untuk dilaksana namun semua pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai sasaran tersebut.

“Program Eco-Schools ini adalah inisiatif asas yang menggalakkan golongan muda khususnya pelajar sekolah melibatkan diri secara langsung dengan persekitaran dan melindunginya secara aktif.

“Sebagai peneraju negeri berteknologi hijau, Melaka akan terus menjadi contoh kepada negeri lain samada dari segi teknologi dan infrastruktur mahupun amalan hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Program Santai Hijau Eco-Schools di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abd Wahab; Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Negeri, Abu Bakar Sahari; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, S. Chandru dan Pengarah Eksekutif Green Growth Asia Foundation, Datuk Dr. Dionysius SK Sharma.

Jelasnya, Anugerah Green Flag adalah sukar untuk dicapai dan di Melaka, empat sekolah termasuk SMK Durian Tunggal menerima anugerah ini.

“Semua pihak termasuk pihak sekolah, Perbadanan Teknologi Hijau, Melaka WWF dan Green Growth Asia Foundation perlu diberi penghargaan atas usaha tidak kenal jemu meng’hijau’kan persekitaran di Melaka.

“Sehingga kini, sebanyak 17 sekolah telah menerima pengiktirafan Eco-Schools di mana empat sekolah menerima anugerah tertinggi Green Flag, sembilan sekolah terima anugerah Silver dan empat sekolah terima anugerah Bronze,” jelasnya.

 

Via www.melakakini.my