Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


E-Waste Alam Alliance Di Melaka

 

pthm 5 nov 7pthm 5 nov 8

 

Majlis Pelancaran Program “E-Waste Alam Alliance In Melaka”  Bagi Pengumpulan, Pengangkutan dan Pelupusan Buangan Elektrik/Elektronik (E-Waste) dari Isi Rumah Negeri Melaka Anjuran Jabatan Alam Sekitar Melaka dengan Kerjasama Meriahtek (M) Sdn Bhd dan AEON Bandaraya Melaka Shopping Mall Centre telah diadakan pada 18 Ogos 2014 (Isnin) di AEON Bandaraya Melaka Shopping Mall Centre (Kawasan Parkir Zone D). Program yang dihadiri oleh 450 orang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Lai Meng Chong, Exco Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka.

LATAR BELAKANG PROGRAM

 

Buangan elektronik/elektrik (Buangan-E atau E-Waste) seperti telefon bimbit, peti sejuk, televisyen, radio dan sebagainya adalah dikategorikan sebagai Buangan Terjadual (SW110) yang perlu diuruskan mengikut Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pengurusan dan kaedah pelupusan Buangan-E yang tidak diuruskan dengan baik akan memudaratkan kesihatan kerana bahan ini mengandungi bahan toksik dan logam yang sangat berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik dan penebat api yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar. Konsep pengurusan dan kaedah pelupusan Buangan-E dari isi rumah yang dilaksanakan pada masa ini adalah secara konvensional (tidak menepati ciri-ciri amalan hijau) dan kebanyakannya dikendalikan oleh Pengusaha Barangan Lusuh (scrap dealer). Justeru itu kaedah sedia ada sering mendatangkan masalah terutamanya pencemaran alam sekitar.  Dengan pengenalan dan perlaksanaan kepada program E-Waste Alam Alliance’, pengurusan Buangan-E dari isi rumah akan dilaksanakan dengan lebih sistematik iaitu setiap Buangan-E berkenaan akan dihantar ke Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan yang lebih terkawal.

 

Program ini merupakan gabungan kerjasama antara tiga pihak – pengguna(pengeluar buangan), swasta (pengumpulan dan pemprosesan) dan kerajaan (pengawal/autoriti).

 

OBJEKTIF PROGRAM

 

  • ♥ Melaksanakan kaedah pengutipan, pengasingan dan pengangkutan Buangan-E yang dihasilkan dari isi rumah secara efektif dan selaras dengan konsep kejiranan hijau;
  • ♥ Membangunkan sistem  pengutipan, pengasingan dan pengangkutan Buangan-E daripada isi rumah di seluruh Malaysia secara berpusat ;
  • ♥ Meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap buangan Buangan-E dari isi rumah yang dimiliki ;
  • ♥ Meningkatkan kesedaran pengeluar/penjual/pengedar barangan elektrik dan elektronik mengenai kepentingan untuk bertanggungjawab terhadap pengurusan Buangan-E dari isi rumah ;
  • ♥ Menggalakkan pasaraya serta pengeluar/penjual/pengedar barangan elektrik dan elektronik supaya melaksanakan  pengutipan Buangan-E dari isi rumah secara sukarela dan tanpa mengenakan sebarang caj tambahan; dan
  • ♥ Memastikan Buangan-E dari isi rumah diuruskan mengikut Peraturan- Peraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

 

 

 

KONSEP PROGRAM

 

The Drive Thru And Drop Off Centre for Electronics Waste Recycling Program merupakan program yang unik dan inovatif yang membolehkan penduduk isi rumah  melupuskan barangan elektrik dan elektronik (E-WASTE) yang masih berfungsi atau tidak berfungsi secara mesra alam ke e-waste drive thru and drop off centre di Parking Zone D AEON Bandaraya Melaka Shopping Mall Centre sepanjang waktu perniagaan pusat membeli-belah samada sebelum atau selepas waktu pembelian mereka.

 

PRINSIP ASAS E-WASTE

Dalam pengurusan Buangan-E, pendekatan life cycle barangan elektrik dan elekronik juga menjadi satu konsep pilihan yang sedang diusahakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Perbincangan telah dimulakan di antara Jabatan Alam Sekitar dengan  pekilang dan pengimport barangan elektrik dan elektronik serta pengeluar komputer dan telefon bimbit bagi melaksanakan mekanisma Extended Producer Responsibility (EPR). Pengeluar (manufacturer) atau pengimport barangan tersebut perlu bertanggung jawab terhadap barangan yang dihasilkan sehingga end-of-product-life meliputi ke peringkat kutipan semula dan pemerolehan kembali.

Item yang terlibat:

 

•    Television (CRT, Flat Screen);

•    Mesin Basuh (washing machine);

•    Peti Sejuk (refrigerator);

•    Telefon bimbit (mobile phone);

•    Komputer Personal (desktop/laptop/tablet);

•    Penghawa Dingin (air conditioner); dan

·     Ketuhar elektrik (Biasa/Gelombang).