Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


PROGRAM ECO SCHOOLS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016-2017


Program Eco-School di Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2011, dimana  pihak WWF Malaysia telah dipilih sebagai penyelaras peringkat kebangsaan program tersebut. Program ini disokong oleh ahli-ahli jawatankuasa negara Eco-School seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Malaya, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhilitan.

 

Sehingga kini terdapat 166 buah sekolah di seluruh Malaysia telah berdaftar dengan program tersebut. Negeri Melaka mensasarkan penyertaan 100 buah sekolah dalam menjayakan program eco schools ini. Terdapat sembilan tema yang boleh dipilih dan difokuskan oleh pihak sekolah untuk dilaksanakan bersama pelajar dan warga sekolah yang lain serta masyarakat setempat. Tema tersebut adalah berkaitan energy, water management, waste, healty leaving, nature and biodiversity, transportation or sustainable mobility, climate change, local agenda 21, and last but not least school grounds.

 

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dan menguruskan program eco schools ini dengan dibantu oleh Green Growth Asia (GGA) dan World Wide Fund For Nature (WWF). Sehubungan itu, beberapa pendekatan telah diambil antaranya penganjuran taklimat bersama pengetua dan guru besar 314 buah sekolah seluruh negeri Melaka untuk mendapatkan 100 penyertaan dari pihak sekolah.

 

Senarai Sekolah yang terlibat: