Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


BUILDING LOCAL CAPACITY IN UNDERSTANDING , ANALYZING AND VISUALIZING BIG DATA IN MELAKA HERITAGE CITY

 

Melaka telah dipilih oleh Malaysia Industry-Government for High Technology (MIGHT) sebagai bandar perintis Program Smart Communities bagi tempoh 2014 - 2016. Program ini seterusnya bakal dikembangkan kepada negeri-negeri lain di Malaysia pada fasa berikutnya.

Dibawah inisiatif infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi bandar pintar, salah satu projek yang akan dilaksanakan adalah Projek Newton Ungku Omar Project on Big Data. Program ini dilaksanakan dibawah inisiatif Sciene-2-Action (S2A) dan dibiayai oleh Newton – Ungku Omar Fund. Newton Ungku Omar Fund adalah inisiatif bersama diantara kerajaan Malaysia dan United Kingdom yang dilaksanakan bersama British Council dan MIGHT.

Secara umum, terma “big data” merujuk kepada set-set data yang boleh dianalisis secara berkomputer untuk menunjukkan corak, tren dan hubung kait khususnya yang merujuk kepada perlakuan dan interaksi manusia.

Projek ini bakal menyokong matlamat perlaksanaan pembangunan hijau negara melalui:

  • Pelaksanaan Programme National Smart melalui demonstrasi bandar pertama di Melaka, Malaysia.
  • Inisiatif Big Data Analytic (BDA) oleh MAMPU dan Multimedia Development Corporation (MDEC).

Perlaksanaan program ini akan melibatkan empat fasa pembangunan kapasiti di Melaka dan di London, United Kingdom. Bengkel pertama telah diadakan pada 26 – 28 Ogos 2015 dan dianjurkan oleh Future Cities Catapult (FCC) di Urban Innovation Centre, London. Bengkel kedua telah diadakan pada 2 – 4 November 2015 dan dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bertempat di Swan Garden Hotel, Melaka. Bengkel seterusnya akan berlangsung pada 20 – 22 Januari 2016 di London, United Kingdom dan akhir sekali di Melaka pada Februari 2016.

Bengkel ini mempunyai sesi untuk menangani ruang-ruang yang wujud dari segi teknikal dan pengetahuan di dalam penggunaan “big data” di kalangan pihak berkuasa tempatan. Selain itu, projek ini juga untuk membangunkan keupayaan pihak berkuasa tempatan di Melaka bagi melibatkan polisi data terbuka dan menyedari impak aplikasi data raya (big data) dalam bidang-bidang yang kritikal. Bengkel ini juga dapat memantapkan lagi polisi dan perkhidmatan kepada rakyat melalui kerjasama dengan pihak industri dan menghasilkan beberapa quick win dalam bidang pemikiran terhadap data terbuka, dasar data terbuka, dan projek-projek perintis yang melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan industri untuk mendorong inovasi dalam perkhidmatan bandar melalui aplikasi dan penyelesaian lain.