Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


MELAKA WORLD SOLAR VALLEY (MWSV)

 

 

“MELAKA WORLD SOLAR VALLEY” merupakan kawasan seluas 7,248.43 hektar berdasarkan kepada Blok Perancangan 4 Rembia – Melaka Pindah. Blok Perancangan 4 ini merupakan kawasan blok perancangan yang dirancang di dalam Deraf Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah 2007 – 2020.

 

Keputusan Kerajaan Negeri Melaka di dalam mengisytiharkan kewujudan Melaka World Solar Valley (MWSV) adalah untuk mencetuskan paradigm kearah kehidupan dan persekitaran yang mapan. Pihak-pihak yang berkepentingan di kalangan penduduk tempatan, pemaju perumahan, pekilang, petani di semua peringkat umur dan latar belakang perlu mengadaptasikan aktiviti seharian mereka selaras dengan pendekatan ini supaya faedah-faedah yang bakal diperoleh melalui aplikasi dan penggunaan tenaga suria ini serta lain-lain tenaga alternative akan menjadi kenyataan.

 

Visi & Misi

   •    Visi Pembangunan MWSV adalah mewujudkan kualiti kehidupan dan pembangunan lestari bertaraf dunia berteraskan tenaga suria menjelang tahun 2020.

   •     Misi pembangunan MWSV ialah:


           1)     Menyediakan sebuah kawasan lembah suria yang mengaplikasikan tenaga suria sebagai tenaga alternatif utama di dalam aktiviti perbandaran untuk semua sektor di samping menggalakkan penggunaan tenaga alternative yang lain di dalam kawasan seluas 7,248.43 hektar
           2)      Mewujudkan sebuah pusat penyelidikan dan pembuatan teknologi tenaga suria bertaraf dunia yang akan menyumbang kepada sosio-ekonomi tempatan dan pembangunan yang mapan.

 

 


Projek Komuniti Solar Di Taman Rembia Perkasa,Alor Gajah

 

Objektif Pembangunan MWSV adalah seperti berikut:

   •    Membangunkan ekonomi hijau disamping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan berteraskan teknologi termaju dan terkini.
   •    Menyediakan pembangunan lestari melalui pendidikan dan kesedaran penduduk setempat.
   •    Meningkatkan dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan perancangan gunatanah yang sediada dan baru kearah pembangunan lestari.
   •    Menyediakan polisi, rangka kerja pembangunan dan garis panduan yang kondusif untuk iklim pelaburan tempatan.
   •    Mewujudkan penanda arasan “carbon footprint’ yang standing dengan piawaian antarabangsa.

 

Antara Faedah-Faedah Perlaksanaan Melaka World Solar Valley Adalah Seperti Berikut:

   •    Penjimatan tenaga elektrik konvensional melalui perlaksanaan system aktif dan pasif suria di dalam aktiviti harian dan aktiviti perbandaran.
   •    Menyediakan Teknologi Hijau (suria) bagi pasaran setempat dan global.
   •    Menyediakan peluang pekerjaan.
   •    Mewujudkan sumber tenaga kerja yang mahir dan mengadaptasi teknologi terkini khususnya Teknologi Hijau (suria).
   •    Pembangunan Teknologi Hijau yang baru melalui kemudahan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan (RDIC).
   •    Mewujudkan kesedaran awam untuk penggunaan tenaga secara mapan.

 


Perancangan Pembangunan Masjid Solar Rembia, Alor Gajah

 


Pemasangan Lampu Jalan LED Hybrid Berteknologi Panel Suria di Lebuh AMJ, Alor Gajah

 

Beberapa perancangan projek berteknologi hijau bagi fasa pertama telah dilakukan diantaranya pemasangan lampu jalan LED, pembangunan sesebuah bangunan berkuasa rendah tenaga dengan penggunaan panel suria di bumbung, perancangan Pusat RDIC (Research, Development, Innovation and Commercialization Centre) dan juga “Solar Farm” Rembia yang sedang rancak membangun kini.

 

Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk melihat semua premis pejabat kerajaan dan swasta, kilang-kilang, sekolah dan termasuk rumah-rumah kediaman di dalam kawasan Melaka World Solar Valley menggunakan sepenuhnya teknologi hijau (suria) ini demi memartabatkan Negeri Melaka sebagai negeri yang menggunakan sepenuhnya teknologi hijau.