Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


Projek Perintis Meter Pintar Melaka 

 

pthm 5 nov 6

 

Majlis Pelancaran Projek Perintis Smart Meter telah sempurnakan  oleh YB Datuk Wira Abdul Ghafaar bin Atan, Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri Melaka pada 23 Ogos 2014 di MITC, Melaka

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Nadzri Yahaya berkata, menerusi Projek Smartstyle itu 800 unit meter pintar akan dipasang di Melaka manakala selebihnya di Putrajaya. TNB dilantik sebagai agen pelaksana projek perintis smart meter yang telah diluluskan pihak kerajaan melalui tabung Amanah Akaun Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dengan peruntukan RM9 juta untuk projek di Melaka dan Putrajaya. 
    
Katanya melalui meter pintar itu pelanggan dapat memperoleh pelbagai manfaat antaranya paparan dalam rumah yang menunjukkan jumlah semasa penggunaan elektrik bersama kos.
    
"Melalui paparan ini makluman semasa mengenai penggunaan elektrik dapat diketahui berbanding dengan sekali sebulan melalui bil-bil dihantar yang diharap dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik," katanya.

Para pengunjung yang hadir berpeluang berkunjung ke gerai-gerai pameran antaranya pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, demo smart meter, perkhidmatan TNBES dan perkhidmatan Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka.  Pengguna yang terima tawaran pula berpeluang merebut hadiah-hadiah cabutan bertuah sumbangan Koperasi TNB dengan hadiah utama berupa 2 tiket percutian 3 hari 2 malam ke Bali, Indonesia.  Di samping itu, mereka turut menerima 2 unit mentol jimat tenaga dan baucer pasaraya Parkson bernilai RM50 setiap pengguna smart meter.  Lebih kurang 1000 orang telah hadir dan 164 pengguna telah daftar terima tawaran ini.