Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


PROJEK ‘SUSTAINABLE CITIES’ : GLOBAL ENVIRONMENT FACILITY (GEF)­

 

Global Environment Facility (GEF) merupakan agensi antarabangsa utama yang menangani isu alam sekitar antarabangsa yang mempunyai kerjasama melibatkan 183 negara, institusi antarabangsa, pertubuhan alam sekitar dan pihak swasta. GEF bertindak sebagai agensi pelaksana bagi pembiayaan untuk pemuliharaan alam sekitar global.

Sejak 1991, GEF telah menyediakan dana sebanyak USD 14.6 Bilion dalam bentuk geran, USD 74.3 Bilion dalam bentuk pembiayaan bersama melibatkan 4,032 projek di 165 buah negara membangun. Antara bentuk bantuan dana yang diberi melibatkan sektor biodiversiti, perubahan iklim, lautan antarabangsa, kimia dan sisa.

United Nations Industrial Development Organisation (UNIDO) adalah salah satu agensi dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membantu memajukan pembangunan industri bagi mengurangkan kemiskinan, pembangunan global secara inklusif dan pembangunan industri lestari.

Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan kerjasama daripada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Perdana Menteri, telah mengemukakan Cadangan Projek Hijau ‘Sustainable Cities’ di Melaka kepada pihak Global Environment Facility (GEF) melalui pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan United Nations Industrial Development Organisation (UNIDO).

Melaka adalah bandar demonstrasi yang pertama di bawah Program ‘Smart Communities’ Nasional yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Sains dan Inovasi Global yang dipergerusikan oleh YAB Perdana Menteri dimana segala keputusan majlis di laksanakan oleh pihak MIGHT sebagai urusetia. Melalui usaha bandar demonstrasi di Melaka ini, ianya akan menjadi rujukan kepada bandar-bandar lain di Malaysia yang akan digerakkan oleh MIGHT dalam RMK-11.

 

Program Sustainable Cities memperuntukkan dana sebanyak USD 1.5 Bilion dalam tempoh 5 tahun pada peringkat permulaan yang melibatkan 23 buah bandar di 11 buah negara-negara membangun iaitu Brazil, China, Cote d’Ivoire, India, Malaysia, Mexico, Paraguay, Peru, Senegal, South Africa dan Vietnam. Melaka antara banda yang telah dipilih untuk dilaksanakan inisiatif hijau.

Program ini dijangka akan mewujudkan rangkaian yang kukuh antara bandar-bandar yang akan bertindak sebagai duta perancangan kemampanan bandar dengan faedah-faedah diperingkat tempatan dan global diantranya adalah

  • Memudahkan perkongsian pengetahuan di kalangan pemimpin-pemimpin bandaraya mengenai pembaharuan polisi dan inovasi
  • Membangunkan dan menggunakan standard yang sama bagi membantu meningkatkan kredibiliti, ketelusan dan kebolehgunaan untuk kemampanan alam sekitar dan pengurangan gas rumah hijau
  • Meningkatkan keupayaan pemimpin-pemimpin bandaraya untuk membangunkan dan melaksanakan Rancangan Bandar Rendah Karbon
  • Menyediakan kewangan untuk infrastruktur bandar mampan dipelbagai sektor seperti pengangkutan, tenaga, bangunan, sisa dan air