Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 



Pengenalan Kepada Manual Sijil Prestasi Tenaga

Dokumen ini adalah manual pelaksanaan SIJIL PRESTASI TENAGA (SPT) bagi bangunan bukan kediaman atau Energy Performance Certificate (EPCert). Manual  ini disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif Sijil Prestasi Tenaga, selaras dengan kehendak dan keperluan negara untuk meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Baharu (TBB), Kecekapan Tenaga (KT) dan Teknologi Hijau (TH) di Malaysia. Ia mengandungi dasar dan objektif Sijil Prestasi Tenaga serta dasar-dasar dan prinsip-prinsip asas yang memandu kepada pelaksanaan Sijil Prestasi Tenaga untuk bangunan-bangunan bukan kediaman di Malaysia. Manual ini diperlengkapkan lagi dengan prosedur, arahan kerja dan dokumen sokongan yang berkaitan dengannya. Manual ini disediakan oleh jawatankuasa di bawah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

Tujuan

Tujuan manual  ini disediakan adalah untuk:

  1. Menerangkan maklumat asas panduan pelaksanaan Sijil Prestasi Tenaga.
  2. Memberikan penerangan mengenai Sijil Prestasi Tenaga yang selaras dengan kehendak dan keperluan Malaysian Standard; Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy For Non-Residential Buildings (MS 1525:2007) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS 1984).
  3. Menggariskan dasar dan prinsip asas Sijil Prestasi Tenaga bagi membantu pihak yang berkepentingan memahami keperluan bangunan cekap tenaga.