ANUGERAH HIJAU MELAKA 2015
1.0 LATAR BELAKANG
Pelaksanaan inisiatif hijau sejak 2010.
Slogan Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau sudah dilaksanakan sejak tahun 2010.
Pelbagai inisiatif hijau telah dilaksana maka perlu diberikan penghargaan kepada agensi atau syarikat yang telah memberikan komitmen yang tinggi.
KeTTHA juga telah menjalankan Majlis Anugerah Hijau (KeTTHA Excellence Award) semasa IGEM 2014 dan Green Tech Award oleh Malaysia Greentech Corp melibatkan pemain industri.
2.0 OBJEKTIF
Memberikan pengiktirafan kepada syarikat/agensi yang melaksanakan hijau
Menggalakkan lebih banyak penglibatan agensi/swasta dalam perlaksanaan hijau
Memberikan highlights kepada pemenang
3.0 KATEGORI
Syarikat Multinasional (MNC)
Industri Kecil & Sederhana (SMI)
Agensi Kerajaan
Sekolah Menengah & Rendah
Hotel
Pasaraya/Pusat Membeli Belah
Pusat Pengajian Tinggi
4.0 JAWATANKUASA PANEL ANUGERAH HIJAU NEGERI MELAKA
Satu jawatankuasa panel untuk Anugerah Hijau Negeri Melaka yang merangkumi semua wakil sektor ditubuhkan dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bertindak sebagai urusetia jawatankuasa tersebut.
Pengerusi : Pengurus Bahagian Operasi PTHM
Ahli : 1. Sahabat Alam Sekitar (SAS)
2. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
3. Vishay Semiconductor Malaysia Sdn.Bhd. (FMM)
4. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN)
5. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN)
6. Small Medium Enterprise Corporation (SME Corp.)
7. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
8. Malaysia Retailers Association (MRA)
9. Malaysian Association of Hotels (MAH)
Urusetia : Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM)
5.0 HADIAH ANUGERAH HIJAU NEGERI MELAKA
Hadiah Anugerah Hijau yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
· Sijil Pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Melaka
· Plak/Trofi
6.0 BORANG PENYERTAAN, BORANG KRITERIA DAN PEMARKAHAN
· Borang kriteria dan pemarkahan hendaklah dikembalikan ke pentadbiran pada atau sebelum 11 Mei 2015 (Isnin)
· Tarikh tutup penyertaan pada 31 Mac 2015
Borang Penyertaan : MUAT TURUN
Borang Kriteria Dan Pemerkahan : MUAT TURUN