Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


Anugerah Hijau Negeri Melaka 2015

 

Melaka telah mengorak langkah kearah Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020 sejak tahun 2010. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai sektor samada pihak Kerajaan, Swasta, Institusi Pengajian Tinggi dan sebagainya. Bagi mengiktiraf usaha dan komitmen yang telah dilaksanakan oleh semua pihak. Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mengambil inisiatif untuk menganjurkan Anugerah Hijau Negeri Melaka 2015 pada 5 Ogos 2015 yang bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka. Majlis yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Wira Md Yunos Husin; Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Datuk Kamarudin Md Shah serta ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan. Anugerah ini diberikan kepada mereka yang komited dan cemerlang dalam mengamalkan dan membudayakan amalan hijau serta menyebarkannya kepada khalayak ramai.

Anugerah Hijau Negeri Melaka ini telah menerima sebanyak 35 penyertaan. Penganugerahan ini terbahagi kepada 8 kategori iaitu Agensi Kerajaan, Badan Berkanun/GLC, Syarikat Multinasional (MNC), Industri Kecil & Sederhana (SMI),Pasaraya / Pusat Membeli Belah,Institut Pengajian Tinggi (IPT), Sekolah dan Hotel.

Beberapa orang panel peniai yang berpengalaman telah dilantik bagi menilai setiap penyertaan ini. Proses penilaian mengambil masa selama sebulan bagi panel penilai menghakimi setiap kriteria penting untuk menobatkan para pemenang. Panel penilai telah melawat dan menilai sendiri tahap amalan hijau yang telah dilaksanakan para peserta.

Kriteria-kriteria pemarkahan dinilai melalui beberapa aspek iaitu aspek pengamalan amalan hijau, aspek pengamalan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle), aspek penggunaan produk mesra alam dan aktiviti yang dijalankan dalam memberi sumbangan kepada inisiatif hijau di Negeri Melaka.

Penyertaan untuk penganugerahan ini adalah secara percuma bagi menggalakkan penyertaan. Dengan ini secara tidak langsung dapat mendidik dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang amalan hijau.

 

OBJEKTIF

       Memberikan pengiktirafan secara formal kepada semua pihak yang  komited melaksanakan inisiatif hijau

       Menggalakkan lebih banyak penglibatan seluruh rakyat Melaka dalam pelaksanaan amalan hijau

       Memupuk dan menyemarakkan budaya amalan hijau dalam kehidupan seharian oleh rakyat Negeri Melaka

   Proses penambahan ilmu dan cetusan idea baru dalam berkongsi pengalaman oleh institusi yang berjaya dalam membudayakan amalan hijau.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH HIJAU NEGERI MELAKA 2015

 

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

1

PoliteknikMerlimauMelaka

Johan

2

InstitutPendidikanGuru(IPG)

NaibJohan

3

UniversitiKolejAgrosainsMalaysia(UCAM)@RISDA

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

1

PoliteknikMerlimauMelaka

Johan

2

InstitutPendidikanGuru(IPG)

NaibJohan

3

UniversitiKolejAgrosainsMalaysia(UCAM)@RISDA

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

1

Meriahtek(M)Sdn.Bhd.

Johan

2

PerniagaanOrangKampungSdnBhd

NaibJohan

3

KokoMindaFoodIndustries(M)Sdn.Bhd.

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

1

AeonCo.(M)Bhd.-AyerKeroh

Johan

2

AeonCo.(M)Bhd.-BandarayaMelaka

NaibJohan

3

MahkotaParade

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

 

 

 

 

1

RamadaPlaza

Johan

2

SwissGardenHotel

NaibJohan

3

D'MalaqaHotel

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

1

VishaySemiconductorMalaysiaSdnBhd

Johan

2

InfineonTechnologies

NaibJohan

3

TexasInstrumentsElectronicsMalaysiaSdnBhd

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

1

SyarikatAirMelakaBerhad

Johan

2

KumpulanMelakaBerhad

NaibJohan

3

PerbadananKemajuanTanahAdatMelaka

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

PEMENANG

1

MajlisBandarayaMelakaBersejarah

Johan

2

MajlisPerbandaranJasin

NaibJohan

3

MajlisPerbandaranAlorGajah

Tempat

Ketiga

BIL

SENARAIPESERTA

1

MalaysianIndustry- GovernmentGroupforHigh

Technology(MIGHT)

2

IndonesiaMalaysiaThailandGrowthTriangle(IMT-GT)