Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


MAJLIS PELANCARAN BAS ELEKTRIK PERTAMA NEGERI MELAKA

 

 

Majlis Pelancaran bas elektrik pertama negeri Melaka telah diadakan di perkarangan Kompleks Seri Negeri dan telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka pada 6 Januari 2014. Bas elektrik ini adalah keluaran Syarikat BYD dari China dan dibawa masuk ke Malaysia oleh Syarikat AMDAC. Menggunakan sistem elektrik sepenuhnya dan antara ciri-ciri khas bas tersebut adalah menggunakan bateri Iron-Phosphate (‘Fe’ bateri). Kelebihan ‘Fe’ adalah ianya tidak mudah meletup apabila terdedah dengan tahap kepanasan melampau kerana dilengkapi dengan sistem BMS untuk pemantauan voltan dan suhu setiap bateri bagi tujuan keselamatan dan keseimbangan. Bas ini juga mengandungi tiga bateri dengan jumlah berat kurang lebih dua tan. Dengan penggunaan sistem ‘Rottary Motor’ dan tidak menggunakan piston seperti bas sistem enjin diesel ianya dapat menjimatkan ruang dan membolehkan lantai bas diletakkan rendah bagi memudahkan penumpang naik dan turun.

 

Selain itu ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk penumpang OKU. Bas ini berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar. Kapasiti penumpang duduk 31 orang dan berdiri 20 orang. Kebolehupayaan bateri adalah bergerak kurang lebih 250 km ke 300 km. Bas elektrik tersebut sesuai beroperasi dalam Bandar. Masa yang diambil untuk mengecas bateri bas adalah 5 hingga 6 jam dari 0% ke 100%. Sebuah stesen pengecas telah dibina di Terminal Bas Melaka Sentral. Penggunaan bas elektrik ini membolehkan penjimatan sebanyak kurang lebih 70% kos direkodkan berbanding kos yang terlibat jika menggunakan bas sistem enjin diesel (konvensional).

 

Syarikat Panorama Melaka Sdn. Bhd. telah diberi kepercayaan untuk menguruskan bas elektrik petama Melaka. Bas elektrik tersebut sedang menjalani tempoh percubaan operasi bagi pengumpulan data berhubung kesesuaian dan keboleharapannya selama tiga bulan sebelum dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya. Kawasan laluan bas elektrik tertumpu di kawasan tumpuan pelancong seperti Banda Hilir, Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana. Penggunaan bas elektrik adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau negeri serta ke arah pengurangan intensiti karbon sebanyak 40%.