Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


MAJLIS PELANCARAN PELEKAT KERETA HIBRID DAN ELEKTRIK PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

 

 

Majlis Pelancaran Pelekat Kereta Hibrid dan Elektrik ini merupakan salah satu inisiatif dan insentif pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kepada pengguna kenderaan mesra alam khususnya yang bermastautin di Negeri Melaka.

 

Pelekat kereta istimewa ini melayakkan pemohon untuk meletakkan kenderaan mereka tanpa menggunakan kupon gores di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah sahaja. Ini sekaligus bagi menggalakkan masyarakat yang berkemampuan untuk menggunakan kenderaan mesra alam pada masa hadapan.

 

Setiap permohonan perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis serta mematuhi tempoh masa yang dibenarkan selama setahun bermula pada tarikh permohonan dibuat.

 

Dengan hanya permulaan bayaran sebanyak RM 10.00 pemohon boleh menikmati insentif istimewa ini selama setahun sehingga tarikh akhir tamat pada 31 Disember 2015.