Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI MELAKA DIBENTANGKAN DI MAJLIS PENASIHAT SAINS DAN INOVASI GLOBAL (GSIAC) KALI KE-4 OLEH YAB KETUA MENTERI MELAKA

YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka telah membentangkan laporan pembangunan teknologi hijau negeri Melaka didalam Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) kali ke 4 yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, pada 24 September  2014 di New York Science Academy, New York, Amerika Syarikat.

“Kerajaan Melaka dijangka menarik pelaburan lebih RM5.4 bilion dalam sektor teknologi hijau sehingga 2020. ini adalah selaras dengan Kerajaan Pusat yang berkeupayaan memperolehi pelaburan pintar sebanyak RM64 bilion. Limpahan pelaburan itu kerana Melaka telah mengambil pendekatan awal dengan menyokong usaha Kerajaan Pusat. Peluang pelaburan itu merangkumi bidang penggunaan tenaga secara cekap dalam bangunan, industri taman eco-solar dan industri pengurusan bahan buangan, penggunaan grid pintar, pelancongan hijau dan bandar teknologi maklumat tinggi. Melaka telah berjaya melaksanakan beberapa proiek awal, antaranya lading solar, kenderaan elektrik dan Bandar teknologi hijau. YAB Perdana Menteri  sendiri pernah menaiki bas elektrik sejauh 20 kilometer semasa melawat Melaka baru-baru ini. Melaka sangat bertekad untuk menvaksikan program teknologi hijau berjaya menjelang 2020”.

Ucapan Oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada persidangan Majlis Penasihat Sains & Inovasi (GSIAC Ke-4)

Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) telah ditubuhkan sebagai usaha Malaysia untuk meningkatkan dan mengoptimumkan keupayaan negara dalam bidang Sains dan Inovasi. GSIAC dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Ahli-ahli Majlis Antarabangsa GSIAC terdiri daripada ketua-ketua industri global terkemuka yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin industri global dari pelbagai bidang berteknologi tinggi, ahli akademik terkemuka, serta ahli-ahli dari Majlis Presiden, New York Academy of Sciences (NYAS). Selain itu, ahli-ahli Majlis Kebangsaan terdiri daripada pegawai-pegawai dari kementerian dan pemimpin-pemimpin korporat. 

Terdapat tiga program utama ditubuhkan melalui platform ini iaitu Inisiatif Biomass Malaysia (Malaysian Biomass Initiative), Komuniti Bestari (Smart Communities) dan Pembangunan Modal Insan (Human Capital Building). 

Input yang diterima daripada Majlis ini akan memberikan kepada Malaysia nilai tambah dan meningkatkan program-program yang sedia ada  dengan memperkenalkan amalan terbaik yang diiktiraf di peringkat global, daya saing pendidikan dan memampanan sektor perindustrian termasuk kerjasama strategik juga dapat dimeterai melalui platform ini. 

Urusetia Bersama GSIAC adalah Malaysian Industry-Goverment for High Technology (MIGHT), Jabatan Perdana Menteri dan New York Academy of Sciences (NYAS). Prof. Tan Sri Zakri bin Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia dan Mr. Ellis Rubinstein, Ketua Pegawai Eksekutif, New York Sains Academy merupakan Setiausaha Bersama GSIAC.

Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan New York Academy of Sciences (NYAS) telah menganjurkan Mesyuarat Ke- 4 GSIAC pada 24 September 2014 di New York Academy of Sciences, New York, Amerika Syarikat yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri. 

Agenda utama Mesyuarat Ke-4 GSIAC adalah untuk melaporkan kemajuan terkini program GSIAC yang dilaksanakan berdasarkan keputusan mesyuarat yang lepas serta membincangkan inisiatif baru GSIAC. Di samping itu, Mesyuarat Ke-4 GSIAC juga akan melibatkan dua sesi pembentangan tambahan seperti berikut: 

 

 

Sustainable Development Session: Malaysian Chapter - Gearing up for Post 2015 Sustainable Agenda. 

 

 

CEO Session: Science to Action (S2A) for Industry Development and Global Competitiveness.

 

-Sesi ini bertujuan untuk mengupas hal ehwal pembangunan lestari dalam konteks Malaysia yang akan berkisar sekitar pembangunan ekonomi, pembasmian kemiskinan, pendidikan, penyertaan sosial, kemampanan alam sekitar, tadbir urus dan integrasi serta keseimbangan kesemua dimensi yang dinyatakan. 

 

-Sesi ini akan mengetengahkan amalan-amalan terbaik negara (Best Practices) dalam lapangan pembangunan lestari bagi mendapatkan maklumbalas serta ulasan daripada ahli-ahli Majlis. 

 

-Selain itu, sesi ini akan membincangkan matlamat Malaysia untuk pembangunan mampan bagi tahun 2030 untuk menangani cabaran nasional, serantau dan global. 

 

-S2A merupakan usaha bersepadu dan menyeluruh bagi membolehkan Malaysia mengekalkan tahap pembangunan yang baik melangkaui tahun 2020.

Bertumpu kepada usaha merancakkan pembangunan serta peningkatan tahap daya saing industri tempatan di arena antarabangsa, sesi ini antara lainnya akan membincangkan dasar-dasar utama yang perlu dilaksanakan bagi membolehkan Malaysia untuk menjadi negara 10 teratas dalam Global Competitiveness Index dan Global Innovation Index menjelang tahun 2020. 

 

-Sesi ini juga akan memberi ruang untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumbalas daripada ahli-ahli Majlis serta pakar­pakar jemputan antarabangsa. 

Selain daripada itu Tn Hj Kamarudin Md Shah, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka juga telah diaturkan oleh Urusetia GSIAC untuk membentangkan kertas kerja bertajuk ’Collaboration on Sustainable Cities between Melaka & Kyushu (Japan)’  semasa ‘Second Annual International Conference on Sustainable Development Practice (ICSDP) pada 17-18 September, 2014 di Columbia University New York City yang bertemakan: "Sustainable Development: Experiences from Malaysia".