Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


METERAI HIJAU MELAKA’ GARIS PANDUAN PERTAMA UNTUK BANGUNAN HIJAU DI NEGERI MELAKA 

 

Meterai Hijau Melaka (Melaka Green Seal) adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka untuk mencapai misi sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau Negara . Ia kini dalam proses penyediaan terakhir dan dalam penilaian oleh Jawatankuasa Teknikal . Dalam usaha untuk menghasilkan garis panduan ini , beberapa bengkel tindakan dan sesi perbincangan telah dijalankan pada Jun dan September 2014.

Garis Panduan ini telah dibangunkan dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Pertubuhan Pembangunan Hijau Melaka ( MGDO ). Garis Panduan ini akan berfungsi sebagai salah satu alat dalam pembinaan bangunan hijau di Negeri Melaka. Pada asasnya, kandungan garis panduan ini melibatkan MS1525 Kecekapan Tenaga dan Uniform Building By-Law (UBBL ). Garis panduan ini boleh digunakan untuk kedua-dua pembangunan kediaman dan bukan kediaman. Oleh itu, pada masa akan datang , semua bangunan di Melaka akan mematuhi ciri-ciri hijau , maka ini akan membantu menyelamatkan alam sekitar.

Meterai Hijau Melaka dijangka digunakan di seluruh Melaka bermula Januari 2015. Garis panduan ini akan digunakan untuk semua pembangunan baru yang melibatkan bangunan di Melaka. Sijil bangunan hijau di Melaka  akan diiktifraf  oleh Meterai Hijau Melaka bersama-sama dengan Green Building Index (GBI ), Greenmark dan Leadership in Energy and Environmental Design ( LEED).