Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


 

Polisterin? Pada sesiapa yang peka dengan isu alam sekitar pasti sudah dapat terbayang keburukannya apabila perkataan polisterin disebut. Pada era langit yang terbuka ini, penggunaan polisterin semakin berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia malah di seantero dunia.

Jika kita lihat di dada-dada akhbar,sering kali permasalahan alam sekitar menjadi tajuk utama.Penggunaan polisterin adalah salah satu penyebab berlakunya masalah alam sekitar di negara ini dan ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan polisterin dan seterusnya mengharamkan terus penggunaannya.

Kenapa kita mesti mengharamkan polisterin?Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan. Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.

Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang ke-5 paling bahaya.

 

Pada 25 Mac 2015 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan Program Menghentikan
Penggunaan Bekas Polisterin Di Seluruh Negeri Melaka. Sebagai alternatif bekas polisterin digantikan dengan bekas biodegrasi.

 - 15 Mei 2015 hingga 31 Ogos 2015

Semua jabatan kerajaan dan premis kerajaan di Negeri
Melaka wajib menghentikan penggunaan bekas polisterin
manakala orang ramai dan premis swasta turut digalakkan
menghentikan penggunaan bekas polisterin.

 - 1 September 2015

Penguatkuasaan seluruh Negeri Melaka.