Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


Negeri Melaka telah dilantik untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Urban Environmental Accord Member Alliace (UEAMA) pada 11 April 2015 di Seoul, Korea Selatan.

Surat tawaran telah disampaikan oleh Mr Nak Pyong Lim, Setiausaha Agung UEAMA kepada YB Datuk Wira Hj Yunos bin Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi.Majlis ini turut disaksikan oleh YB Datuk Ar Ismail Othman, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan Mr Sang Kap Kim, Pengarah UEAMA.

UEAMA mempunyai 158 Bandaraya dari 53 buah negara. UEAMA beribu pejabat di Gwangju Korea. Presiden UEAMA adalah Mr Jang Hyun Yoon yang juga merupakan Datuk Bandar, Bandaraya Gwangju, Korea Selatan.

Jawatankuasa eksekutif UEAMA terdiri dari 9 buah bandaraya iatu dari Nioro du Rip, Senegal, Cape Town, South Africa, Delhi, India, Baghdad, Iraq, Gwangju, Korea, Ilo-Ilo City, Filipina, Sinaia, Romania, San Antonio, dan San Fransisco, Amerika Syarikat serta seorang wakil dari United Nation Environment Protection (UNEP) .

Blueprint Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau mengguna pakai indikator UEA dalam teras utama blueprint. UEAMA akan menganjurkan  Sidang Kemuncak Urban Environmental Accord Summit di Ilo-Ilo, Filipina pada 15 – 17 September 2015 yang membawa tema Green City, Livable City.

 

Surat tawaran diserahkan oleh Mr Nak Pyong Lim, Setiausaha Agung UEAMA kepada YB Datuk Wira Hj Md Yunos bin Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi selaku wakil YAB Ketua Menteri Melaka. Majlis ini turut disaksikan oleh YB Datuk Ar Ismail Othman, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan Mr Sang Kap Kim, Pengarah UEAMA. 

YB Datuk Wira Hj Md Yunos bin Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi menyampaikan cenderahati kepada Mr Nak Pyong Lim, Setiausaha Agung UEAMA .