Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


MELAKA PERTAMA LAKSANAKAN ENERGY PERFORMANCE CONTRACT (EPC)

 

Melaka menjadi negeri pertama melaksanakan inisiatif kontrak pencapaian tenaga atau Energy Perfomance Contract (EPC) iaitu langkah penjimatan tenaga menerusi program Pembangunan Kecekapan Tenaga Kerajaan Negeri di bawah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Insiatif Bandar Hijau.

Pelaksanaan inisiatif itu melibatkan sembilan bangunan milik kerajaan negeri dan dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20 hingga 30 peratus. Pelaksanaan EPC menggunakan peralatan dan pengurusan tenaga yang cekap sekali gus dapat mengurangkan kos tenaga serta pelepasan gas rumah hijau.

Program Majlis Menandatangani MoU antara Danish Energy Efficiency Partners Sdn Bhd (DEEP) dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah dilaksanakan pada 23 Jun 2015 di Bilik Bijasura Seri Negeri .MoU ditandatangani bagi melaksanakan usaha mengurangkan penggunaan tenaga di bangunan milik kerajaan negeri.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan RM900,000 tenaga AUDIT bagi sembilan bangunan iaitu Seri Negeri, Wisma Negeri, Hospital Pakar Putra, Melaka Sentral, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Graha Maju, Graha Makmur, Wisma Air dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Melalui program seperti ini, Melaka menjadi negeri pertama yang melaksanakan EPC sekaligus menjadi showcase terbesar dalam kecekapan penggunaan tenaga. Penilaian asas bangunan telah dilakukan secara terperinci melalui tenaga audit yang menunjukkan potensi besar penjimatan tenaga bangunan dan telah terbukti melalui ‘Actual Retrofitting’ .

Melalui EPC itu, pemilik bangunan tidak perlu mengeluarkan pelaburan  dan kesemuanya akan ditanggung oleh Danish Energy Management  (DEM) melalui penjimatan pembayaran tenaga dalam tempoh 120 bulan (10 tahun). Jumlah pelaburan tersebut adalah sebanyak RM20 juta yang dianggarkan sejumlah RM10 juta anggaran simpanan setiap tahun bagi sembilan bangunan.

Melalui  fasa pertama, melibatkan tiga bangunan iaitu Wisma Negeri, Hospital Pakar Putra dan Melaka Sentral diikuti enam bangunan lagi bagi fasa kedua. Danish Energy Efficiency Partners Sdn Bhd (DEEP) akan menyediakan kepakaran dan kewangan seperti proses reka bentuk, pemerolehan, pemasangan dan pemantauan projek penjimatan tenaga.

 

Syarikat di bawah DEM dan Danish Climate INVESTMENT Fund akan melabur dan melaksanakan projek itu. Kerajaan negeri pula akan membayar semula pelaburan itu melalui penjimatan kos tenaga yang dicapai.