Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


Matlamat

Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

  • - Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau.
  • - Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan.
  • - Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau.
  • - Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

  • - Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;
  • - Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;
  • - Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
  • - Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
  • - Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan
  • - Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)

  • - Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
  • - Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
  • - Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
  • - Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
  • - Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
  • - Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.