Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 




1.0     LATAR BELAKANG

  1. Anugerah Hijau Negeri Melaka merupakan satu platform pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi dan institusi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam melaksanakan inisiatif teknologi hijau di Negeri Melaka.
  2. Anugerah Hijau Negeri Melaka dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) selaku agensi yang bertanggungjawab sebagai peneraju Teknologi Hijau di Negeri Melaka.
  3. Anugerah ini telah dianjurkan semenjak tahun 2015 dan tahun ini merupakan tahun ke-3 penganjuranya.

 

2.0     OBJEKTIF

  1. Memberikan pengiktirafan kepada agensi dan institusi kerajaan dan swasta yang melaksanakan amalan teknologi hijau.
  2. Menggalakkan lebih banyak penglibatan agensi dan institusi kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan amalan teknologi hijau.
  3. Membudayakan amalan teknologi hijau pada semua peringkat usia.
  4. Mempromosikan pelaksanaan teknologi hijau di Negeri Melaka.

 

3.0     KATEGORI PENYERTAAN

Peserta boleh mengambil bahagian didalam kategori yang telah diklasifikasikan seperti berikut:-

 

3.1       AMALAN HIJAU

Penerangan

  1. Amalan hijau merupakan aktiviti yang memelihara alam sekitar seperti mengurangkan pencemaran, pegurangkan pembaziran tenaga dan sumber dan mengamalkan kitar semula bahan-bahan terpakai.
  2. Amalan ini dilaksanakan secara menyeluruh di permis masing-masing dimana pelaksanaanya adalah secara berterusan dan melibatkan semua lapisan kakitangan.

iii. Kategori ini terbuka kepadasenarai berikut:-

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Agensi Kerajaan
  • Government Link Company (GLC)
  • Syarikat Multinasional (MNC)
  • Hotel
  • Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Sekolah Menengah
  • Sekolah Rendah

Syarat Penyertaan

  1. Setiap penyertaan perlulah mengisi Borang Penyertaan dan membuat bayaran penyertaan kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada atau selewat-lewatnya 30 April 2017.
  2. Setiap penyertaan perlu menghantar Borang Kriteria beserta sesalinan dokumen & gambar yang mengandungi bukti-bukti pelaksanaan amalan hijau mengikut kriteria yang terdapat didalam Borang Kriteria. 


3.2       PROJEK HIJAU

Penerangan

  1. Penyertaan terbuka kepada semua sektor industri dan perkhidmatan yang melibatkan kajian, aplikasi dan penggunaan teknologi hijau sebagai teras projek yang dilaksanakan.
  2. Projek yang dilaksanakan adalah di sekitar Negeri Melaka dan  memberi impak positif kepada alam sekitar.

iii. Projek yang dipertandingkan merupakan projek yang telah siap lingkungan tahun 2011-2016.

iv. Projek mestilah terdiri daripada sektor berikut:-

  • Sektor Tenaga
  • Sektor Bangunan
  • Sektor Air dan Pengurusan Sisa
  • Sektor Pengangkutan

Syarat Penyertaan

  1. Setiap penyertaan perlulah mengisi Borang Penyertaan dan membuat bayaran penyertaan kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada atau selewat-lewatnya 30 April 2017.
  2. Setiap penyertaan perlu menghantar sesalinan dokumen yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
  • Keterangan Projek
  • Tempoh pelaksanaan projek
  • Keluasan kawasan yang digunakan
  • Kos keseluruhan projek
  • Jangka hayat projek
  • Sumber penghasilan projek
  • Impak kepada alam sekitar & komuniti
  • Carbon footprint
  • Pengiktirafan yang diperolehi
  • Penjimatan yang dihasilkan
 

3.3       PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DAN KOMUNITI HIJAU

Penerangan

  1. Program yang dipertandingkan merupakan program yang bermula pada tahun 2016 dan keatas sahaja dan dilaksanakan di dalam Negeri Melaka.
  2. Program adalah bertujuan untuk mengaplikasi dan memperkenal teknologi hijau di Negeri Melaka.

iii. Program adalah menglibatkan komuniti.

Syarat Penyertaan

  1. Setiap penyertaan perlulah mengisi Borang Penyertaan dan membuat bayaran penyertaan kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada atau selewat-lewatnya 30 April 2017.
  2. Setiap penyertaan perlu menghantar sesalinan dokumen yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-
  • Keterangan program
  • Tempoh pelaksanaan program
  • Jumlah penglibatan peserta
  • Jumlah penglibatan kakitangan
  • Penggunaan produk teknologi hijau sepanjang program
  • Kos keseluruhan program
  • Impak kepada alam sekitar & komuniti

 

3.4       PRODUK HIJAU

 

Penerangan

  1. Penghasilan ciptaan baru atau penambahbaikan kepada sesuatu produk, perkhidmatan, proses kerja, sistem, alat yang unik yang lebih efektif dan mesra alam.
  2. Merupakan ciptaan yang telah dikomersialkan.

 

Syarat Penyertaan

  1. Setiap penyertaan perlulah mengisi Borang Penyertaan dan membuat bayaran penyertaan kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada atau selewat-lewatnya 30 April 2017.
  2. Setiap penyertaan perlu menghantar sesalinan dokumen yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-
  • Konsep produk
  • Kegunaan produk
  • Tahap pemasaran produk
  • Kos penghasilan produk
  • Kelebihan produk
  • Impak kepada alam sekitar & komuniti
  • Capaian produk

 

 

3.5       INOVASI HIJAU

 

Penerangan

  1. Penghasilan ciptaan baru atau penambahbaikan kepada sesuatu produk, perkhidmatan, proses kerja, sistem, alat yang unik yang lebih efektif dan mesra alam.
  2. Merupakan ciptaan yang belum dikomersialkan.

Syarat Penyertaan

  1. Setiap penyertaan perlulah mengisi Borang Penyertaan dan membuat bayaran penyertaan kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada atau selewat-lewatnya 30 April 2017.
  2. Setiap penyertaan perlu menghantar sesalinan dokumen yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-
  • Konsep ciptaan
  • Kegunaan ciptaan
  • Kos penghasilan ciptaan
  • Kelebihan ciptaan
  • Impak kepada alam sekitar & komuniti

 

4.0     JAWATANKUASA PANEL ANUGERAH HIJAU NEGERI MELAKA

 

Jawatankuasa untuk Anugerah Hijau Negeri Melaka yang merangkumi wakil sektor ditubuhkan dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa tersebut.

Pengerusi:-

Pengurus Bahagian Operasi PTHM           

         Urusetia:-

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM)

         Ahli:-

  1. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
  2. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
  3. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
  4. Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
  5. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN)
  6. Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM)
  7. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

viii.Rockwool Malaysia Sdn. Bhd.

 

5.0     HADIAH ANUGERAH HIJAU NEGERI MELAKA

Hadiah Anugerah Hijau Negeri Melaka 2017 yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Sijil Pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Melaka
  2. Plak/Trofi

 

Borang Kriteria Amalan Hijau 2017 (Peserta) : Muat Turun   

Borang Penyertaan : Muat Turun 

Prosedur Pembayaran : Muat Turun