Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


slide-1-638

Pada tahun 2010, Negeri Melaka telah mencapai status negeri maju, mampan dan negeri bandar menerusi pengukuran 32 indikator OECD dan MURNInet. Pencapaian status tersebut memberi kelebihan dan kekuatan (niche) yang unik kepada Negeri Melaka untuk menyumbang kepada pencapaian wawasan negara menjelang tahun 2020. Berdasarkan kelebihan ini (competitive advantage), Kerajaan Negeri telah menetapkan Misi Negeri Melaka menjelang tahun 2020 dengan memberi penekanan kepada tiga (3) objektif berikut:

- Meningkatkan pencapaian negeri maju (developed state);

- Memperkukuhkan status negeri bandar (city state); dan

- Meningkatkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (green technology state).

Slogan “Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau” telah dipilih untuk menggambarkan hasrat dan misi tersebut.

Hasrat menjadikan Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau diterjemahkan menerusi kerangka UN-UEA yang memberi tumpuan kepada (7) bidang utama ini iaitu :-

i. Tenaga

ii. Pengurangan Sisa

iii. Rekabentuk Bandar

iv. Alam Sekitar Bandar

v. Pengangkutan

vi. Kesihatan Alam Sekitar

vii. Air

Tujuh (7) sektor utama ini seterusnya dibahagi kepada 21 sub-bidang dan 170 indikator pengukur bagi memudahkan pencapaian visi Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Matlamat Kerajaan Negeri Melaka memilih konsep “Negeri Bandar Teknologi Hijau” haruslah difahami oleh setiap rakyat Negeri Melaka, kerana di dalamnya tersirat pesanan yang amat penting kepada generasi masa kini, iaitu “Kita hanya meminjam negeri ini dari anak dan cucu kita”. Bumi ini tidak ada penduanya. Melaka hanya satu. Ekosistem yang sihat merupakan penentu kepada kesejahteraan fizikal ekonomi Negara.

Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia .