Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 

Perutusan Datuk Haji Kamarudin Bin Md. Shah

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

kamarudin

 

perutusan clip

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Selamat Datang ke portal rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

 

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke portal rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

 

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditukar nama dan fungsi berkuatkuasa pada 8 November 2013. Ini bagi memudahkan PTHM menjadi agensi peneraju dalam pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka. PTHM kini terus berusaha meningkatkan keupayaan dan kepakarannya sejajar dengan visi Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa ll.

 

Oleh itu, PTHM mengambil inisiatif untuk menggunakan portal ini sebagai salah satu medium bagi memudahkan rakyat khususnya yang berada di Negeri Melaka amnya dan yang berada di luar Melaka untuk mendapatkan maklumat berkaitan PTHM. Saya amat menghargai segala pandangan dan komen-komen dari para pelawat portal  ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta maklumat yang sedia ada.

 

Saya berharap dengan adanya kemudahan seperti ini, kami mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih dedikasi dan inovatif, di samping menyampaikan maklumat dengan tepat dan cepat secara terus kepada orang ramai.

 

 

Sekian, Terima Kasih.

 

 

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA ll

 

NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU