FORGOT YOUR DETAILS?

LATAR BELAKANG

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) atau Melaka Green Technology Corporation (MGTC) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditukar nama dan fungsi berkuatkuasa secara rasmi pada 8 November 2013. Ini bagi memudahkan PTHM menjadi agensi peneraju dalam pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka. Objektif penubuhan PTHM adalah bagi melaksanakan polisi dan dasar teknologi hijau seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka (dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka).

Bertindak sebagai Urusetia Sekretariat United Nations-Urban Environmental Accords Members Alliance (UEAMA) bagi Negeri Melaka. Berperanan dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program dan projek hijau Negeri Melaka bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) berdasarkan 7 sektor utama (UEA) iaitu, Tenaga, Pengurangan Sisa, Rekabentuk Bandar, Perbandaran Hijau, Pengangkutan, Alam Sekitar, Dan Pengurusan Air. 7 sektor utama ini dibahagikan kepada 21 sub-sektor dan 152 indikator untuk mengukur ke arah mencapai status Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.

Bagi menyelaraskan pelan tindakan ini, PTHM dan Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Asian Development Bank (ADB) di bawah program Inisiatif Bandar Hijau Indonesia Malaysia Thailand – Growth Triangle (IMT-GT) telah meyiapkan Pelan Tindakan Bandar Hijau atau Green City Action Plan (GCAP). Pelan tindakan ini mencerminkan iltizam jangka masa panjang Negeri Melaka dalam penggunaan karbon rendah, meingkatkan kualiti alam sekitar dan memperkukuhkan saingan ekonomi pada masa kini dan hadapan.

TOP