Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
Facebook
                                 


images-2

 

Pengenalan

Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka pada 16 Mei 2011 bagi merealisasikan visi Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Majlis Teknologi Hijau Negara dan Perubahan Iklim dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia .


Peranan & Fungsi

1) Bertindak sebagai badan penyelaras tertinggi untuk memastikan usaha dan program dilaksanakan dengan efektif dan jayanya.
2) Membentuk polisi, dasar, matlamat dan strategi serta indeks prestasi utama ke arah Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau.
3) Menetapkan garis panduan dan halatuju pembangunan negeri bandar teknologi hijau di Negeri Melaka.
4) Melaksana program teknologi hijau mengikut rangka dan strategi yang telah ditetapkan.
5) Merancang dan memantau pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka.


Jawatankuasa

–  Pengerusi YAB Ketua Menteri Melaka
–  Timbalan Pengerusi YB Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi
–  Semua Exco
–  Semua Ex-Officio
–  Semua PBT
–  Semua agensi kerajaan yang berkaitan
–  PTHM & UPEN (Sekretariat)