Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
 
FacebookTwitter
                                 


melaka-green-seal-300x287 


PENGENALAN

Meterai Hijau Melaka (MHM) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha mencapai Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2014.. MHM merupakan pensijilan bangunan hijau yang menggunakan kaedah rating untuk pembangunan baru di Melaka.

MHM telah dibangunkan oleh Melaka Green Development Organisation (MGDO) bersama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sejak tahun 2012. MHM dibangunkan dengan mengandungi pendekatan Pelan Perancangan Holistik dan mempunyai ciri-ciri asas kepada pembinaan sesebuah bangunan hijau. Panduan ini adalah dibina berasaskan Panduan Kecekapan Tenaga MS1525 dan juga Uniform Building By Law (UBBL).

Panduan ini mengandungi syarat-syarat minimum pembinaan bangunan hijau. Oleh itu, ini akan memudahkan pihak pemaju untuk mendapat pengiktirafan bangunan hijau yang paling minimum bagi bangunan yang hendak dibina. Hotel Kings Green telah mendapat penganugerahan Meterai Hijau Melaka yang pertama di Melaka pada 23 Mac 2015 dan telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

 

OBJEKTIF

·         Menjadikan semua bangunan di Melaka sebagai sebuah bangunan hijau.

·         Mewujudkan satu panduan tersendiri yang lebih mudah dilaksanakan.

·         Memberi pendedahan serta kesedaran tentang kebaikan bangunan hijau.

·         Menggalakkan pemaju-pemaju membina bangunan bercirikan hijau.

 

KRITERIA MHM

·         Kecekapan Tenaga

·         Kualiti Persekitaran Dalaman

·         Perancangan & Pengurusan Tapak Lestari

·         Bahan & Sumber

·         Kecekapan Air

 

GARIS PANDUAN

Garis Panduan Meterai Hijau Melaka Edisi 1/2019 : Muat Turun

 

BORANG

Borang Akuan Pelaksanaan : Muat Turun 

Borang  Permohonan : Muat Turun

Borang Pengesahan Siap Kerja : Muat Turun

Borang FI : Muat Turun

Borang Markah Kediaman: Muat Turun

Borang Markah Bukan Kediaman : Muat Turun

 

Direktori MHM : Klik Disini