Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Visi & Misi

Peranan


Kembali Semula

Dimilik Oleh: Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditukar nama dan fungsi berkuatkuasa pada 23 Oktober 2013. Ini bagi memudahkan PTHM menjadi agensi peneraju dalam pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka. PTHM kini terus berusaha meningkatkan keupayaan dan kepakarannya sejajar dengan visi Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Oleh itu, PTHM mengambil inisiatif untuk menggunakan laman sesawang ini sebagai salah satu medium bagi memudahkan rakyat khususnya yang berada di Negeri Melaka amnya dan yang berada di luar Melaka untuk mendapatkan maklumat berkaitan PTHM. Saya amat menghargai segala pandangan dan komen-komen dari para pelawat laman web ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta maklumat yang sediada.

Saya berharap dengan adanya kemudahan seperti ini, kami mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih dedikasi dan inovatif, di samping menyampaikan maklumat dengan tepat dan cepat secara terus kepada orang ramai.

Sekian, Terima Kasih.

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

 

Kembali Semula

 

 

VISI&MISI

 

VISI


Menjadikan Melaka Negeri Teknologi Hijau



MISI


Menjadi Agensi Peneraju Dalam Pembangunan Teknologi Hijau Melaka

 

Kembali Semula

 

Visi & Misi

PERANAN

Pengenalan
Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Negeri pada 16 Mei 2011 bagi merealisasikan visi Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020 yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia

Peranan & Fungsi

 

Kembali Semula

Matlamat