Latar Belakang

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditukar nama dan fungsi berkuatkuasa pada 25 Oktober 2013. Ini bagi memudahkan PTHM menjadi agensi peneraju dalam pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka. Obejktif penubuhan PTHM adalah bagi melaksanakan polisi dan dasar teknologi hijau seperti mana ditetapkan oleh Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka. (dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka) , menetapkan polisi hijau dan perolehan hijau bagi Negeri Melaka, memantau inisiatif hijau berdasarkan blueprint menjadikan Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020 dan mewujudkan polisi dan dasar bagi menggalakkan perniagaan dan pelaburan teknologi hijau di Melaka.

Antara fungsi PTHM adalah seperti berikut:-
1. Sekretariat kepada Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka
2. Sekretariat kepada United Nations – Urban Environmental Accords Members Alliance (UEAMA) bagi Negeri Melaka.
3. Merancang dan memantau pelaksanaan 21 Pelan Tindakan Hijau Negeri Melaka berdasarkan 7 sektor utama (UEA) iaitu:

4. Mengadakan kursus, seminar dan latihan kesedaran dan pembangunan teknologi hijau.
5. Menjalankan projek-projek pembangunan teknologi hijau di Melaka seperti;