PTHM @ SMIX 2023 : DAY 1
Kunjungi booth pameran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) di Hall B, MITC sepanjang 12 Oktober 2023 – 14 Oktober 2023 di @Smart Melaka International Conference & EXPO 2023 (SMIC & SMIX 2023). Pelbagai info berkaitan inisiatif pembangunan teknologi hijau oleh PTHM di Melaka akan dipamerkan.
- Published in Berita
TERIMA KASIH i2 ENERGY & TAHA CAHAYA SDN BHD
Terima kasih syarikat i2 Energy dan Taha Cahaya Sdn Bhd atas sumbangan model paparan pameran ‘Green Energy’ sebagai salah satu pengisian pameran di penganjuran @SmartMelaka
- Published in Berita
MESYUARAT PENGURUSAN PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI DI MELAKA
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pegawai PTHM dan syarikat pengumpul minyak masak terpakai bagi penerangan hasrat kerajaan negeri dalam pengurusan minyak masak terpakai di dalam Negeri Melaka.
- Published in Berita
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM ‘SINGGIT SEPOSEN’
Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Program ‘Singgit Seposen’ bersama pihak Infineon Industrial dan Politeknik Merlimau yang bakal dijalankan pada bulan Oktober ini.
- Published in Berita
MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN NDA BERSAMA TM ONE SDN BHD
PTHM telah menandatangani Non-Disclosure Agreement (NDA), perjanjian ini adalah usahasama dengan Syarikat TM One melalui tiga projek teras.
- Published in Berita
KUNJUNG HORMAT PLANMALAYSIA MELAKA
Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim mengetuai delegasi kunjung hormat PTHM ke PLANMalaysia Melaka di pejabatnya di Wisma Negeri Melaka. PTHM terus mengorak langkah dalam pembangunan teknologi hijau di Melaka dengan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memenuhi komitmen lestari seperti yang diaspirasikan oleh Ketua Menteri Melaka.
- Published in Berita
PTHM TERIMA ANUGERAH STATES INNOVATION AWARDS WAKILI NEGERI MELAKA DI IGEM 2023
PTHM menerima anugerah tempat Ketiga States Innovation Awards mewakili booth inisiatif teknologi hijau negeri Melaka di IGEM 2023.
Anugerah di sampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim.
Booth mengetengahkan inisiatif teknologi hijau di Negeri Melaka serta mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 dan acara Smart Melaka.
IGEM merupakan acara perdagangan untuk teknologi hijau dan penyelesaian eko yang terkemuka di Asia Tenggara anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang berlangsung selama tiga hari dan disertai syarikat-syarikat terkemuka yang memenuhi lebih 400 reruai pameran.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada PTHM dan juga Negeri Melaka
- Published in Berita
???? ?????????? ?????? ??????????? ???? ?????? ??????
Negeri Melaka telah dipilih antara 28 bandar dari 11 buah negara di dunia sebagai lokasi pelaksanaan Projek Demonstrasi Grid Pintar. Projek ini adalah di bawah Program GEF6 Sustainable City Development dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka sebagai penyelaras di peringkat negeri dengan kerjasama erat pihak Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan TNB Research.
Pelaksanaan projek Demonstrasi Grid Pintar ini melibatkan 3 Fasa. Projek ini merupakan projek rintis yang melibatkan integrasi dalam talian merangkumi penjanaan dan penggunaan Tenaga Boleh Baharu, stesen pengecas kenderaan elektrik, sistem bateri, bangunan cekap tenaga dan meter elektrik pintar.
Sesi penerangan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pemegang taruh yang berpotensi untuk menjayakan projek ini terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan institut pengajian tinggi. Manfaat yang akan diterima oleh pengguna adalah dapat memantau
(monitor) dan menguruskan (manage) penggunaan
tenaga harian dengan lebih efisien dan cekap.
- Published in Berita
Kunjungi Booth Pameran PTHM di IGEM 2023
Kunjungi booth pameran PTHM di IGEM 2023 bertempat di booth 1028 di Hall 1, KLCC sepanjang 4-6 Oktober ini.
Mewakili Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkenalkan pelbagai produk dan inisiatif teknologi hijau yang telah dan akan dilaksanakan di Negeri Melaka. Turut dipromosikan Smart Melaka Internantional Conference & Expo 2023 (SMIX 2023) yang akan berlangsung pada 12-15 Oktober yang bertempat di Dewan MITC, Melaka serta Tahun Melawat Melaka 2024.
- Published in Berita
- 1
- 2