BENGKEL SEMAKAN DAN PENGUBALAN ENAKMEN PTHM
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Penggubalan Enakmen PTHM. Bengkel tersebut telah berlangsung selama 2 hari di MITC Hotel.
Bengkel tersebut turut disertai oleh barisan pasukan yang terdiri daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka (PUU), Unit Perancangan Ekonomi (UPEN), Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Malaysian Green Technology And Climate Change (MGTC), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (NRECC), Kementerian Ekonomi (EPU), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (JPBD), dan Tetuan MK Nizam Rizal & Partners Bengkel ini dilaksanakan untuk merealisasikan PTHM sebagai Peneraju Utama Pembangunan Teknologi Hijau di Negeri Melaka.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA KE SARAWAK ENERGY BERHAD (SEB)
Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE bersama pegawai-pegawai PTHM mengadakan lawatan kerja ke Sarawak Energy Berhad (SEB) yang merupakan badan pembekal tenaga utama di Sarawak.
Taklimat yang diberikan adalah berkaitan usaha SEB dalam meneroka sumber boleh diperbaharui alternatif seperti solar dan hidrogen hijau selain meningkatkan pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh Sarawak menjelang akhir 2025. Selain itu, PTHM juga dimaklumkan bahawa SEB sedang membina kesalinghubungan dengan Kalimantan, Indonesia dan sekarang ini sedang dalam usaha menjalinkan hubungan dengan Brunei dan Singapora untuk merealisasikan ASEAN Power Grid.
- Published in Berita
KUNJUNGAN BALAS KE MAJLIS PERBADARAN PADAWAN, SARAWAK
Ketibaan Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE bersama pegawai-pegawai PTHM ke Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak disambut mesra oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBrs. Cr. Tan Kai bersama warganya.
Sepanjang berada di MP Padawan, PTHM telah diberikan taklimat berkaitan perlaksanaan projek-projek/program-program yang berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) oleh Sr Ita Ling, Pemangku Setiausaha Perbandaran, MPP.
Turut hadir adalah Ahli-Ahli Majlis dan Pegawai-pegawai kanan MPP. Delegasi MP Padawan telah berkunjung hormat ke PTHM pada awal bulan ini untuk mengetahui inisiatif teknologi hijau oleh PTHM di Melaka.
- Published in Berita
PTHM PENUHI JEMPUTAN KE MUF 2023, SARAWAK
Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ismail bin Hasim dan beberapa pegawai PTHM memenuhi jemputan ke Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching, Sarawak.
MUF merupakan acara persidangan pembangunan mampan terbesar di Malaysia bertemakan ‘Memangkin Tindakan Transformatif Untuk Perbandaran Mampan Dan Berdaya Tahan’ dianjurkan oleh Urbanice Malaysia dengan kerjasama kerajaan Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selaku tuan rumah.
Di acara yang sama juga, YB KM Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyempurnakan Majlis Pelancaran SDG Cities Network dan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 (SHHS 2023). Malaysia SDG Cities Network merupakan sebuah rangkaian baharu yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), organisasi dan komuniti yang berusaha ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) di Malaysia.
Majlis ini turut mengiktiraf dan menghargai peranan dan usaha 45 bandar melalui PBT masing – masing yang telah berjaya menyediakan Pelan Hala Tuju Bandar SDGs, mempamerkan kemajuan melalui Voluntary Local Reviews (VLR) dan membina kapasiti mempercepatkan pelaksanaan SDGs di Malaysia. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turut diiktiraf mewakili PBT negeri Melaka.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA MAJLIS PERBADARAN PADAWAN, SARAWAK
Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE mengetuai warga PTHM menyambut kunjungan delegasi Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak diketuai oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBrs. Cr. Tan Kai ke pejabat PTHM. Sepanjang berada di PTHM, delegasi telah diberikan taklimat berkaitan inisiatif teknologi hijau seperti projek pembangunan solar, bangunan hijau, program kesedaran serta pelaksanaan Green City Action Plan (GCAP) yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Berita
KUNJUNG HORMAT DARI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK BAGI PERKONGSIAN BERKAITAN INISIATIF PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim dan pegawai PTHM telah menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak pada 30 Oktober 2023 di Pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. Kunjungan hormat dari PKN Perak diwakili oleh En Nooryusazli bin Yusoff selaku Chief Strategy Officer dan En Muhammad Khalish Nantha bin Rajendran selaku Assistant Director of Goverment & Stakeholder Management. Tujuan kedatangan ke PTHM adalah bagi membincangkan mengenai inisiatif pembangunan teknologi hijau.
- Published in Berita