PEMBENTANGAN PROJEK SOLAR STREET LIGHT OLEH SYARIKAT WESTSTAR ENGINEERING
Sesi pembentangan cadangan projek solar street light Syarikat Weststar Engineering bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menyambut baik inisiatif ke arah matlamat Negeri Melaka Rendah Karbon seperti yang digariskan di dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) demi kelestarian dan kemampanan Negeri Melaka pada masa akan datang.
- Published in Berita
LAWATAN TAPAK KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KRUBONG
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan rakan kerjasama telah mengadakan lawatan ke tapak pelupusan sampah Krubong di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi melihat potensi untuk pembangunan projek kitar semula.
- Published in Berita
PEMBENTANGAN CADANGAN PROJEK SOLAR OLEH SYARIKAT SAMUDRA
Sesi pembentangan cadangan projek solar daripada Syarikat Samudra Engineering bersama Engie Group bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada pagi tadi.
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menyambut baik cadangan penambahbaikkan yang telah diberikan oleh pembentang dan berharap semoga dapat mencipta peluang untuk bekerjasama demi kelestarian dan kemampanan Negeri Melaka pada masa akan datang.
- Published in Berita
??????? ???????? ???????? ???? ???? (???) ?????? ??????
Pada hari ke-2 Bengkel Kerangka Kewangan Redd Plus (RFF) Negeri Melaka, Latihan Bancian bagi Penilaian Karbon Hutan telah dijalankan dikelolakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Aktiviti ini dilaksanakan di Hutan Rekreasi Taman Botanikal Ayer Keroh dan disertai oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Berita
MESYUARAT PENYELARASAN BERKAITAN PEMASANGAN SOLAR DI YAYASAN MELAKA DI BAWAH PROJEK DEMONSTRASI GRID PINTAR
Mesyuarat penyelarasan berkaitan pemasangan solar di bangunan Wisma Yayasan Melaka di bawah Projek Demonstrasi Grid Pintar telah diadakan bersama wakil MIGHT, Yayasan Melaka, TNBR dan PTHM yang bertempat di Function Room, MIGHT Partnership Hub.
Projek Demonstrasi Grid Pintar yang dibiayai Global Environment Facility (GEF6) ini bertujuan untuk menjadikan Negeri Melaka sebagai sebuah bandar lestari melalui langkah-langkah pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan meningkatkan sumber tenaga boleh baharu.
- Published in Berita
BENGKEL KERANGKA KEWANGAN REDD PLUS (RFF) NEGERI MELAKA
YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merasmikan bengkel sempena pelaksanaan Program Eksplorasi Pembangunan Projek Kerangka Kewangan REDD Plus (RFF) anjuran PTHM dan Malaysia Forest Fund (MFF). Bengkel yang dijalankan selama 2 hari ini adalah bagi mempertingkatkan pemahaman agensi-agensi Kerajaan Negeri Melaka mengenai inisiatif kelestarian hutan dan Kerangka Kewangan REDD Plus untuk memperkasakan aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan-hutan di negeri Melaka.
- Published in Berita
MAJLIS BACAAN ZIKIR DAN TAZKIRAH
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Warga PTHM bersama-sama dalam Majlis Zikir dan Tazkirah Jumaat yang dipimpin oleh Ustaz Haji Shahrunnizan bin Haji Hassan.
- Published in Berita
PERBINCANGAN MENAMBAHBAIK PENGHASILAN LAPORAN KARBON INVENTORI NEGERI
Perbincangan bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM telah diadakan bagi membincangkan skop kerjasama antara PTHM & MGTC sebagai penasihat teknikal bagi menambahbaik penghasilan Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Kaca Negeri Melaka.
- Published in Berita
PERBINCANGAN PROGRAM BERSAMA SMK HANG TUAH KASTURI
Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim dan pegawai-pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat & Pendidikan Hijau PTHM menerima kedatangan dari SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah Melaka.
Perbincangan berkaitan program kerjasama melibatkan pelajar dan warga Masjid Tanah menerusi program Larian Hijau. Hubungi pihak PTHM untuk sebarang tajaan dan kerjasama untuk pelaksanaan program ini.
- Published in Berita
- 1
- 2