Program Green Camp Negeri Melaka merupakan program tahunan anjuran Perbadanan
Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sejak tahun 2018 bertujuan untuk memupuk dan
memelihara bumi dengan membudayakan amalan teknologi hijau di peringkat akar umbi.
Program yang diadakan secara eksklusif ini merupakan tanda sokongan terhadap
pendidikan berkualiti dalam agenda Sustainable Development Goals (SDG).
Program Green Camp mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM)
sejajar dengan keperluan aplikasi asas dan pembelajaran dalam mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, program
ini juga turut mendapat kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta
serta Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran
memulihara alam semula jadi dan membina pengetahuan kepentingan ekosistem,
biodiversity dan isu semasa yang melibatkan alam sekitar.
Program ini menyasarkan penglibatan penyertaan daripada:
Pelajar Sekolah Rendah
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Objektif
Memupuk nilai kepentingan menjaga ekosistem dan alam sekitar
Melahirkan generasi pemangkin ke arah pembudayaan amalan hijau
Mendidik pelajar menangani impak dan permaslahatan berkaitan alam
sekitar dengan aplikasi sains, teknologi dan inovasi
Membuka peluang kreativiti pelajar menghasilkan produk daripada bahan
kitar semula
Platform pendidikan kelestarian secara kualitatif dan kuantitatif.