PTHM menerima anugerah tempat Ketiga States Innovation Awards mewakili booth inisiatif teknologi hijau negeri Melaka di IGEM 2023.
Anugerah di sampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim.
Booth mengetengahkan inisiatif teknologi hijau di Negeri Melaka serta mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 dan acara Smart Melaka.
IGEM merupakan acara perdagangan untuk teknologi hijau dan penyelesaian eko yang terkemuka di Asia Tenggara anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang berlangsung selama tiga hari dan disertai syarikat-syarikat terkemuka yang memenuhi lebih 400 reruai pameran.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada PTHM dan juga Negeri Melaka