Negeri Melaka telah dipilih antara 28 bandar dari 11 buah negara di dunia sebagai lokasi pelaksanaan Projek Demonstrasi Grid Pintar. Projek ini adalah di bawah Program GEF6 Sustainable City Development dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka sebagai penyelaras di peringkat negeri dengan kerjasama erat pihak Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan TNB Research.
Pelaksanaan projek Demonstrasi Grid Pintar ini melibatkan 3 Fasa. Projek ini merupakan projek rintis yang melibatkan integrasi dalam talian merangkumi penjanaan dan penggunaan Tenaga Boleh Baharu, stesen pengecas kenderaan elektrik, sistem bateri, bangunan cekap tenaga dan meter elektrik pintar.
Sesi penerangan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pemegang taruh yang berpotensi untuk menjayakan projek ini terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan institut pengajian tinggi. Manfaat yang akan diterima oleh pengguna adalah dapat memantau
(monitor) dan menguruskan (manage) penggunaan
tenaga harian dengan lebih efisien dan cekap.