Sesi pembentangan cadangan projek solar daripada Syarikat Samudra Engineering bersama Engie Group bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada pagi tadi.
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menyambut baik cadangan penambahbaikkan yang telah diberikan oleh pembentang dan berharap semoga dapat mencipta peluang untuk bekerjasama demi kelestarian dan kemampanan Negeri Melaka pada masa akan datang.