Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada hari ini mengadakan sidang media bagi mengumumkan penganjuran Anugerah Hijau Melaka 2024.
Pada sesi ini, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Ts. Mohd Hafizam bin Mustaffa mengalu-alukan agensi kerajaan dan swasta serta komuniti yang melaksanakan inisiatif teknologi hijau ke arah kelestarian alam sekitar untuk menyertai Anugerah Hijau Melaka 2024.
Beliau turut mempelawa syarikat-syarikat swasta serta badan-badan korporat untuk bersama-sama menjayakan penganugerahan ini melalui sumbangan dan tajaan.
Anugerah Hijau Melaka 2024 menawarkan empat (4) ketegori pertandingan iaitu Pembudayaan hijau, Projek Hijau, Inovasi Hijau serta Program Komuniti Hijau. Pada tahun ini turut diperkenalkan Anugerah Most Valuable Partner (MVP) bagi menghargai usaha organisasi yang memberi sumbangan, komitmen yang tinggi dalam usaha ke arah kelestarian.