FORGOT YOUR DETAILS?

Penyertaan Terbuka Kepada

  1. Agensi Kerajaan
  2. Pihak Berkuasa Tempatan
  3. Government-Linked Companies
  4. Perhotelan
  5. Syarikat Multinasional
  6. Industri Kecil dan Sederhana
  7. Institut Pengajian Tinggi
  8. Japerun / Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung
  9. Pertubuhan Bukan Kerajaan

PENGENALAN

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah menganjurkan Anugerah Hijau Melaka (AHM) sejak tahun 2015 bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada agensi kerajaan dan swasta serta komuniti yang melaksanakan amalan teknologi hijau yang lestari bagi melindungi alam sekitar. AHM dianjurkan setiap dua (2) tahun dan AHM 2024 merupakan penganjuran kali ke - 7

OBJEKTIF

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha - usaha kelestarian yang telah dilaksanakan oleh individu, organisasi, syarikat dan komuniti yang memberi impak positif kepada alam sekitar.
  • Menggalakkan lebih banyak inovasi dalam bidang kelestarian dengan menghasilkan solusi yang kreatif dan inovatif dalam menangani isu-isu alam sekitar.
  • Sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar disamping mempromosi amalan teknologi hijau kepada semua peringkat usia.
  • Sebagai platform jaringan untuk perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh individu, organisasi, syarikat dan komuniti.

Kategori Pertandingan

  • Pembudayaan Hijau
  • Projek Hijau
  • Inovasi Hijau
  • Komuniti Hijau

Tarikh Tutup Penyertaan

  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Jun 2024.

Yuran Penyertaan

  • Yuran penyertaan RM 650 bagi setiap kategori

Bil. Kenyataan Muat Turun
1 Lampiran 1 - Maklumat Penyertaan
2 Lampiran 2 - Kategori & Kriteria Penyertaan Anugerah Hijau Melaka 2024
3 Lampiran 3 - Borang Penyertaan & Maklumat Pembayaran

TOP