SIDANG MEDIA PENGANJURAN ANUGERAH HIJAU MELAKA 2024
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada hari ini mengadakan sidang media bagi mengumumkan penganjuran Anugerah Hijau Melaka 2024.
Pada sesi ini, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Ts. Mohd Hafizam bin Mustaffa mengalu-alukan agensi kerajaan dan swasta serta komuniti yang melaksanakan inisiatif teknologi hijau ke arah kelestarian alam sekitar untuk menyertai Anugerah Hijau Melaka 2024.
Beliau turut mempelawa syarikat-syarikat swasta serta badan-badan korporat untuk bersama-sama menjayakan penganugerahan ini melalui sumbangan dan tajaan.
Anugerah Hijau Melaka 2024 menawarkan empat (4) ketegori pertandingan iaitu Pembudayaan hijau, Projek Hijau, Inovasi Hijau serta Program Komuniti Hijau. Pada tahun ini turut diperkenalkan Anugerah Most Valuable Partner (MVP) bagi menghargai usaha organisasi yang memberi sumbangan, komitmen yang tinggi dalam usaha ke arah kelestarian.
- Published in Berita
SETINGGI – TINGGI TAHNIAH YAB KETUA MENTERI MELAKA
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, di atas Pencapaian Setahun Pentadbiran sebagai YAB Ketua Menteri Melaka .
Semoga YAB Datuk Seri Utama Ketua Menteri sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus mentadbir Kerajaan Negeri Melaka.
Setulus ikhlas :
Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat
- Published in Berita
PROGRAM KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU
Sekitar penganjuran Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB) anjuran MBMB.
Sepanjang tahun 2024, Program pembelian barangan kitar semula seperti sisa minyak masak, barangan elektronik, kertas, kotak, barangan plastik, botol kaca dan pakaian terpakai secara pandu lalu seumpama ini akan dianjurkan oleh pihak PBT di Melaka.
Menariknya AKKB kali ini, pemuliaan Al- Quran dan Yasin juga turut dijalankan. Dapatkan maklumat lanjut dari PBT kawasan anda untuk jadual program kitar semula.
- Published in Berita
SESI LIBAT URUS PENYELARASAN PEMBANGUNAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)
Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Ts. Mohd Hafizam Bin Mustaffa mempengerusikan Sesi Libat Urus Penyelarasan Jumlah Fi OSC bagi Permohonan Pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB). Sesi berkenaan dihadiri oleh Plan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan teknikal yang berkaitan.
- Published in Berita
EART HOUR : 60 MINIT YANG BERHARGA UNTUK BUMI
Earth Hour merupakan kempen global yang menyatukan komuniti bagi melindungi alam dengan menutup lampu selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik untuk kesejahteraan kehidupan yang lebih mampan.
Pada 8.30 – 9.30 malam ini, marilah kita beramai-ramai padamkan lampu dan matikan semua suis peralatan elektrik yang tidak digunakan sempena sambutan Earth Hour.
- Published in Berita
LAWATAN KE TESLA MALAYSIA
Sesi perbincangan berkaitan Sistem Pengecas Kenderaan Elektrik dan pandu uji kenderaan elektrik TESLA model Y bersama En Amzar Mohd Nor wakil TESLA Cyberjaya.
- Published in Berita
Selamat Menyambut Hari Air Sedunia
Selamat Menyambut Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2024.
Pelihara sumber air dan hargai kepentingan air bagi memastikan kelestarian dan kesejahteraan kehidupan bersama. Water for Peace
- Published in Berita
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN AL-MUBARAK 1445H/2024M
Semoga kita semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Ikhlas daripada seluruh warga kerja Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
- Published in Berita
TERIMA KASIH TUAN TS. NORAMIRUL NIZAM BIN KAMIS
Seluruh warga kerja Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Ts. Noramirul Nizam bin Kamis atas segala sumbangan tenaga, idea dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM.
Semoga diberi kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan kepada Tuan Ts. Noramirul Nizam. Semoga Maju Jaya!
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT KE YAYASAN HIJAU MALAYSIA
Kunjung hormat ke atas YBrs. Dr Nurul Muiz Bin Murad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi membincangkan potensi dan peluang kerjasama bagi program-program teknologi hijau untuk dilaksanakan di negeri Melaka.
- Published in Berita