KUNJUNG HORMAT KE KEMENTERIAN EKONOMI
Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim bersama pegawai-pegawai kanan PTHM telah mengadakan kunjung hormat ke Kementerian Ekonomi Malaysia bersama YBrs. En Che Kodir Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi, Alam Sekitar Dan Sumber Asli di pejabatnya di Putrajaya. Perbincangan bertujuan membincangkan sebarang bentuk kerjasama, peruntukan yang terlibat disamping memperkenalkan PTHM sebagai peneraju Hijau di Negeri Melaka.
- Published in Berita
PROGRAM GREEN CAMP NEGERI MELAKA SIRI 2
“PTHM telah menganjurkan Program Green Camp Negeri Melaka Siri 2 peringkat menengah rendah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN).
Majlis penutup telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Dr Mohd Aras Bin Khamis. Turut mengiringi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, YBrs Tuan Ts. Noramirul Nizam bin Kamis dan YBrs. Tuan Muhammad Hafiz bin Kasim, Pengarah Pejabat Meteorologi Melaka.
Program yang berlangsung bermula 5 Disember 2023 hingga 7 Disember 2023 di Kem Usima Forest Resort, Ayer Keroh Melaka ini merupakan program rekreasi pendidikan teknologi hijau di luar bilik darjah bertujuan mendidik dan menerapkan rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.
Agensi yang turut bekerjasama adalah seperti UNIKL, Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation Malaysia (Melaka), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Jabatan Pertanian Negeri Melaka & Pejabat Meteorologi Melaka.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti Eko-inovasi, Green Explorace, Inovasi Pembuatan Lilin Dari Minyak Masak Terpakai, Upcycling, Tanaman dan Taklimat Perubahan Iklim.
Melalui Program ini , adik Muhammad Aisar Altaf Bin Mohd Zahri dari SMKA Sultan Muhammad dan adik Sayidatul Nadhirah Binti Hilmy dari SMK Pernu telah dinobatkan sebagai Pelajar Lelaki & Perempuan Terbaik Program Green Camp Negeri Melaka Siri 2 bagi tahun 2023. Terima kasih!”
- Published in Berita
BENGKEL SEMAKAN DAN PENGUBALAN ENAKMEN PTHM
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Penggubalan Enakmen PTHM. Bengkel tersebut telah berlangsung selama 2 hari di MITC Hotel.
Bengkel tersebut turut disertai oleh barisan pasukan yang terdiri daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka (PUU), Unit Perancangan Ekonomi (UPEN), Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Malaysian Green Technology And Climate Change (MGTC), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (NRECC), Kementerian Ekonomi (EPU), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (JPBD), dan Tetuan MK Nizam Rizal & Partners Bengkel ini dilaksanakan untuk merealisasikan PTHM sebagai Peneraju Utama Pembangunan Teknologi Hijau di Negeri Melaka.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA KE SARAWAK ENERGY BERHAD (SEB)
Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE bersama pegawai-pegawai PTHM mengadakan lawatan kerja ke Sarawak Energy Berhad (SEB) yang merupakan badan pembekal tenaga utama di Sarawak.
Taklimat yang diberikan adalah berkaitan usaha SEB dalam meneroka sumber boleh diperbaharui alternatif seperti solar dan hidrogen hijau selain meningkatkan pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh Sarawak menjelang akhir 2025. Selain itu, PTHM juga dimaklumkan bahawa SEB sedang membina kesalinghubungan dengan Kalimantan, Indonesia dan sekarang ini sedang dalam usaha menjalinkan hubungan dengan Brunei dan Singapora untuk merealisasikan ASEAN Power Grid.
- Published in Berita
KUNJUNGAN BALAS KE MAJLIS PERBADARAN PADAWAN, SARAWAK
Ketibaan Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE bersama pegawai-pegawai PTHM ke Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak disambut mesra oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBrs. Cr. Tan Kai bersama warganya.
Sepanjang berada di MP Padawan, PTHM telah diberikan taklimat berkaitan perlaksanaan projek-projek/program-program yang berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) oleh Sr Ita Ling, Pemangku Setiausaha Perbandaran, MPP.
Turut hadir adalah Ahli-Ahli Majlis dan Pegawai-pegawai kanan MPP. Delegasi MP Padawan telah berkunjung hormat ke PTHM pada awal bulan ini untuk mengetahui inisiatif teknologi hijau oleh PTHM di Melaka.
- Published in Berita
PTHM PENUHI JEMPUTAN KE MUF 2023, SARAWAK
Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ismail bin Hasim dan beberapa pegawai PTHM memenuhi jemputan ke Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching, Sarawak.
MUF merupakan acara persidangan pembangunan mampan terbesar di Malaysia bertemakan ‘Memangkin Tindakan Transformatif Untuk Perbandaran Mampan Dan Berdaya Tahan’ dianjurkan oleh Urbanice Malaysia dengan kerjasama kerajaan Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selaku tuan rumah.
Di acara yang sama juga, YB KM Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyempurnakan Majlis Pelancaran SDG Cities Network dan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 (SHHS 2023). Malaysia SDG Cities Network merupakan sebuah rangkaian baharu yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), organisasi dan komuniti yang berusaha ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) di Malaysia.
Majlis ini turut mengiktiraf dan menghargai peranan dan usaha 45 bandar melalui PBT masing – masing yang telah berjaya menyediakan Pelan Hala Tuju Bandar SDGs, mempamerkan kemajuan melalui Voluntary Local Reviews (VLR) dan membina kapasiti mempercepatkan pelaksanaan SDGs di Malaysia. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turut diiktiraf mewakili PBT negeri Melaka.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA MAJLIS PERBADARAN PADAWAN, SARAWAK
Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE mengetuai warga PTHM menyambut kunjungan delegasi Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak diketuai oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBrs. Cr. Tan Kai ke pejabat PTHM. Sepanjang berada di PTHM, delegasi telah diberikan taklimat berkaitan inisiatif teknologi hijau seperti projek pembangunan solar, bangunan hijau, program kesedaran serta pelaksanaan Green City Action Plan (GCAP) yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Berita
KUNJUNG HORMAT DARI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK BAGI PERKONGSIAN BERKAITAN INISIATIF PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim dan pegawai PTHM telah menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak pada 30 Oktober 2023 di Pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. Kunjungan hormat dari PKN Perak diwakili oleh En Nooryusazli bin Yusoff selaku Chief Strategy Officer dan En Muhammad Khalish Nantha bin Rajendran selaku Assistant Director of Goverment & Stakeholder Management. Tujuan kedatangan ke PTHM adalah bagi membincangkan mengenai inisiatif pembangunan teknologi hijau.
- Published in Berita
LAWATAN KILANG VICTORY RECOVERY RESOURCES SDN BHD
Lawatan kilang Victory Recovery Resources Sdn Bhd oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.
Victory Recovery Resources Sdn Bhd (VRRSB) mempunyai pengalaman dan kemahiran lebih 20 tahun dalam bidang pengurusan sisa dan kitar semula. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama antara Victory Recovery Resources Sdn Bhd bersama Kerajaan Negeri Melaka dalam pengurusan sisa dan sektor ekonomi kitaran di negeri Melaka.
- Published in Berita
PROGRAM SINGGIT SEPOSEN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2023
Program Singgit Seposen Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Melaka 2023
Acara bermula:
-Pandu Lalu -Pertandingan Mewarna -Senamrobik -Tanam Pokok
♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️
Pengumpulan sisa kitar semula menerusi Program ‘Singgit Seposen’ sedang berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka sehingga jam 2.00 petang.
Bawa sisa kitar semula seperti sisa minyak masak, sisa fabrik, sisa elektronik dan sisa 3R (botol kaca, bekas plastik,tin aluminium, kertas dan lain-lain) dan dapatkan tunai.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti pertandingan mewarna, taklimat dan pameran interaktif.
Anda boleh jual semua sisa kitar semula ini dengan harga yang boleh mencecah sehingga RM3 sekilogram! Sepah nau, antau ler sini! Mana Lagi ? Melaka Ler… “
- Published in Berita