YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana telah merasmikan P???? ????? ?????? ????? ???? (????? ???? ??????? ??????) yang menyediakan pusat pengumpulan sisa makanan bertempat di ArusV Greentech (M) Sdn. Bhd, Taman Perindustrian, Taman Tasik Ayer Keroh.
Inisiatif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan ArusV Greentech (M) Sdn. Bhd. ini menjadikan Melaka sebagai negeri pertama memperkenalkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) dengan penyediaan kemudahan pembelian sisa makanan pada harga 10 sen sekilogram.
Kutipan sisa makanan tersebut seterusnya diuraikan menerusi lalat askar hitam yang menghasilkan larva untuk diproses menjadi sumber makanan kepada haiwan ternakan serta turut diproses dijadikan baja organik dalam industri pertanian.
Turut hadir bersama, YB Tuan Kerk Chee Yee, ADUN Kawasan Ayer Keroh, YB Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana, YBhg. Dato Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ybhg. Datuk Tan Kim Hin, Pengarah ArusV Greentech dan YBhg. Datin Sapiah bin Haron, YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Semoga inisiatif ini menyumbang kepada pembangunan bandar mampan serta memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal dengan baik dan mesra alam.