Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia, YBrs. TPr. Ts. Puan Norliza binti Hashim, hari ini menerima kunjungan daripada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) di Urbanice Malaysia.
Kunjungan daripada PTHM ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, PTHM dan turut disertai oleh beberapa pegawai. Ketua Pegawai Eksekutif, PTHM telah membentangkan inisiatif pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka agar inisiatif yang dilaksanakan oleh PTHM selari dengan pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG).