Garis Panduan Meterai Hijau Melaka merupakan alat penarafan bangunan hijau yang telah diperkenalkan sejak Februari 2012 di Melaka. Garis Panduan ini telah dirangka oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bersama Melaka Green Development Organisation (MGDO). Garis Panduan Meterai Hijau Melaka dirangka dengan mengandungi pendekatan pelan perancangan holistik dan mempunyai ciri – ciri asas kepada pembinaan sesebuah bangunan hijau. Garis panduan ini juga berasaskan Panduan Kecekapan Tenaga MS1525 dan Uniform Building By Law (UBBL).
BANGUNAN YANG TELAH MENERIMA PENSIJILAN METERAI HIJAU MELAKA
Sehingga kini terdapat 5 buah bangunan yang telah menerima pensijilan Meterai Hijau Melaka. Bangunan – bangunan tersebut adalah seperti berikut :
Kings Green Hotel (23 Mac 2015)
Bangunan Kawal Selia Solar (25 November 2015)
Bangunan Vista Alamanda, Majlis Perbandaran Jasin (16 November 2016)
Bangunan Pentadbiran & Dewan Citra Kasih, Yayasan Melaka (28 Jun 2018)
Rumah Citra Kasih, Yayasan Melaka (15 Oktober 2020)
GARIS PANDUAN METERAI HIJAU
Bil
Tajuk
Muat Turun
1
Garis Panduan Meterai Hijau Melaka Edisi Kedua Tahun 2021