Lawatan kerja ke tapak Sistem Penyejukan Berkelompok (District Cooling Sytem) yang diuruskan oleh Pendinginan Megajana Sdn Bhd telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Tn Haji Ismail bin Haji Hasim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tn Ts Noramirul Nizam bin Kamis serta pegawai-pegawai PTHM.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan penerangan berkenaan pengoperasian sistem penyejukan berkelompok yang telah beroperasi dan diuruskan oleh pihak Megajana sejak tahun 1998 lagi.
PTHM berharap teknologi ini dapat digunakan dan dilaksanakan di Negeri Melaka selaras dengan agenda pembangunan hijau dan mampan.