Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim dan pegawai PTHM telah berkunjung ke MPHTJ bagi sesi perbincangan mengenai inisiatif pembangunan teknologi hijau bersama Yang Dipertua MPHTJ YBhg. Datin Sapiah binti Haron. PTHM terus mengorak langkah dalam inisiatif pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka dan sejurus menjadi peneraju utama dalam pembangunan teknologi hijau.