PIAGAM PELANGGAN

Kami warga kerja Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan penuh komited, berikrar untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sepertimana yang diamanahkan kepada kami dengan memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta menepati kemahuan dan keperluan pelanggan kami :-

  • Kami berjanji untuk melaksanakan pengurusan sumber manusia secara cekap dan efisyen.
  • Mengemaskini kandungan portal Jabatan dalam tempoh (1) hari bekerja dari tarikh maklumat diterima.
  • Memberi maklumbalas dalam tempoh SATU hari bekerja selepas menerima pertanyaan daripada pelanggan.
  • Menyiapkan projek dalam tempoh masa yang dipersetujui dengan pelanggan.
  • Memastikan pembayaran bil/tuntutan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Menyediakan baucer bayaran bagi emolument/bil-bil/ tuntutan dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja.
  • Merancang dan melaksanakan projek latihan yang menepati keperluan pelanggan dengan memaklumkan pelanggan tentang kursus yang dijalankan sekurang-kurangnya satu(1) bulan sebelum kursus bermula.
  • Memastikan laporan inventori karbon bagi tahun semasa disiapkan sebelum bulan jun tahun berikutnya.
  • Memastikan data-data yang diperolehi bagi inventori karbon dilindungi.

    TOP