FORGOT YOUR DETAILS?

Pengenalan

Program Biodiesel Melaka merupakan program komuniti hijau yang dimulakan oleh kerajaan negeri Melaka untuk menguruskan sisa minyak masak sejak November 2011. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada orang awam tentang kemudaratan kesihatan akibat penggunaan semula minyak masak terpakai dan alam sekitar akibat pembuangan sisa minyak masak ke dalam longkang dan sistem pemparitan. Biodiesel adalah pengganti diesel petroleum yang dihasilkan secara domestik, pembakar bersih, dan boleh diperbaharui. Menggunakan biodiesel sebagai bahan bakar kenderaan meningkatkan keselamatan tenaga, meningkatkan kualiti udara dan persekitaran, dan memberikan manfaat keselamatan. Program ini juga memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan Biodiesel sebagai alternatif kepada bahan api fossil.

Objektif

  • Mewujudkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar
  • Mewujudkan kesedaran tentang isu halal penggunaan semua minyak masak terpakai
  • Mewujudkan kesedaran tentang kemudaratan kesihatan akibat penggunaan minyak masak kitar semula

Kategori Penyertaan

Syarat-syarat Penyertaan

  • Melengkapkan borang penyertaan dan kembalikan kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
  • Melantik seorang Person Incharge (PIC) bagi memudahkan urusan kutipan minyak masak terpakai di premis.
  • Minyak masak terpakai hanya dibenarkan dijual kepada kontraktor yang berdaftar dengan perbadanan.

Muat Turun

Bil Tajuk Muat Turun
1 Brosur Biodiesel
2 Borang Program Biodiesel Melaka

TOP