Projek Bumbung Solar merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan lagi kapasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu di Melaka. Inisiatif ini merangkumi pemasangan di bangunan perumahan, kerajaan dan industri/komersial.
Pemasangan solar di bumbung ini menggunapakai Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering) - NEM 3.0 dan Skim Penggunaan Sendiri (Self Consumption) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan.
NEM 3.0 membolehkan pemilik bangunan menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan dengan sistem Solar PV dan sebarang lebihan tenaga elektrik boleh dijual kepada syarikat pembekal elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad.
NEM 3.0 menawarkan tiga jenis program:
NEM Rakyat - tawaran kepada perumahan tarif A (Domestik)
NEM GoMEn - tawaran untuk bangunan kerajaan
NEM NOVA - tawaran untuk bangunan industrial/komersial