PROJEK

METERAI HIJAU MELAKA

PENGENALAN

Meterai Hijau Melaka (MHM) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha mencapai Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2014.. MHM merupakan pensijilan bangunan hijau yang menggunakan kaedah rating untuk pembangunan baru di Melaka. MHM telah dibangunkan oleh Melaka Green Development Organisation (MGDO) bersama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sejak tahun 2012. MHM dibangunkan dengan mengandungi pendekatan Pelan Perancangan Holistik dan mempunyai ciri-ciri asas kepada pembinaan sesebuah bangunan hijau. Panduan ini adalah dibina berasaskan Panduan Kecekapan Tenaga MS1525 dan juga Uniform Building By Law (UBBL). Panduan ini mengandungi syarat-syarat minimum pembinaan bangunan hijau. Oleh itu, ini akan memudahkan pihak pemaju untuk mendapat pengiktirafan bangunan hijau yang paling minimum bagi bangunan yang hendak dibina. Hotel Kings Green telah mendapat penganugerahan Meterai Hijau Melaka yang pertama di Melaka pada 23 Mac 2015 dan telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

OBJEKTIF

  • Menjadikan semua bangunan di Melaka sebagai sebuah bangunan hijau.
  • Mewujudkan satu panduan tersendiri yang lebih mudah dilaksanakan.
  • Memberi pendedahan serta kesedaran tentang kebaikan bangunan hijau.
  • Menggalakkan pemaju-pemaju membina bangunan bercirikan hijau.

KRITERIA MHM

  • Kecekapan Tenaga
  • Kualiti Persekitaran Dalaman
  • Perancangan & Pengurusan Tapak Lestari
  • Bahan & Sumber
  • Kecekapan Air

IMT-GT GREEN CITY INITIATIVES

Melaka dipilih menyertai ‘IMT-GT Green City Initiatives’ bersama Songkhla dan Medan

Kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB), IMT-GT dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

PROJEK-PROJEK UTAMA

  • Pelan Tindakan Bandar Hijau Melaka (GCAP)
  • Projek Kecekapan Tenaga & Audit Tenaga untuk 9 buah bangunan kerajaan
  • Projek Pemasangan Energy Management Unit di Lampu jalan
  • Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau Dan Pelan Tindakan Pemantauan Iklim Bagi Negeri Melaka bersama ICLEI
  • Green City Benchmarking and Baseline Indexing
  • International Green Training Center (IGTC)

Pelan Tindakan Bandaraya Hijau atau Green City Action Plan (GCAP) Negeri Melaka memberi satu cadangan lengkap bertujuan mengekalkan persaingan negeri ini sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan popular.

  • 9 Buah bangunan sedang menjalani Audit Tenaga dibawah Program IMTGT Green Cities Initiatives. Audit dijalankan oleh Danish Energy Management.
  • Objektif adalah untuk mengenalpasti pengunaan tenaga dan mencadangkan pelaksanaan program penjimatan tenaga secara dalaman atau kontrak EPC
  • EPC – Energy Performance Contract adalah kaedah pelaburan penjimatan dimana tiada modal akan dibayar oleh pemilik bangunan dan kos ditanggung oleh pihak kontraktor, pembayaran melalui penjimatan yang berjaya dilaksanakan

Semasa Sidang Kemuncak ke-8 Indonesia -Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT- GT) di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 11 Mei 2014 , ketua-ketua kerajaan dari Indonesia, Malaysia dan Thailand telah sebulat suara setuju dengan penubuhan International Green Training Centre ( IGTC ) di Melaka pada tahun 2014.

International Green Training Centre ( IGTC ) diuruskan dan dikendalikan bersama oleh Centre of IMT dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) serta bertanggungjawab bagi menjalankan penyelidikan dan latihan dalam amalan bandar hijau.

IGTC menawarkan kursus-kursus latihan hijau separuh masa dan sepenuh masa dan atas talian. IGTC menggunakan sistem pensijilan SkillsMalaysia dan lain-lain sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk latihan pekerjaan kolar hijau. Pada masa ini, IGTC menawarkan kursus kesedaran dan amalan hijau latihan untuk sektor awam dan swasta di Malaysia selama 2 hari , Kampus sementara akan berada di Politeknik Merlimau , Melaka, 30 kilometer dari pusat bandar.

IGTC melakukan kajian dan penyelidikan mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan IMT -GT inisiatif bandar hijau. Melaka Green City Action Plan ( GCAP ) digunakan sebagai penanda aras bagi perancangan , pelaksanaan dan pemantauan bagi bandar raya IMT- GT yang lain.

MELAKA WORLD SOLAR VALLEY (MWSV)

“MELAKA WORLD SOLAR VALLEY” merupakan kawasan seluas 7,248.43 hektar berdasarkan kepada Blok Perancangan 4 Rembia – Melaka Pindah. Blok Perancangan 4 ini merupakan kawasan blok perancangan yang dirancang di dalam Deraf Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah 2007 – 2020.

Keputusan Kerajaan Negeri Melaka di dalam mengisytiharkan kewujudan Melaka World Solar Valley (MWSV) adalah untuk mencetuskan paradigm kearah kehidupan dan persekitaran yang mapan. Pihak-pihak yang berkepentingan di kalangan penduduk tempatan, pemaju perumahan, pekilang, petani di semua peringkat umur dan latar belakang perlu mengadaptasikan aktiviti seharian mereka selaras dengan pendekatan ini supaya faedah-faedah yang bakal diperoleh melalui aplikasi dan penggunaan tenaga suria ini serta lain-lain tenaga alternative akan menjadi kenyataan.

Visi & Misi

Visi Pembangunan MWSV adalah mewujudkan kualiti kehidupan dan pembangunan lestari bertaraf dunia berteraskan tenaga suria menjelang tahun 2020.

Misi pembangunan MWSV ialah:
  • Menyediakan sebuah kawasan lembah suria yang mengaplikasikan tenaga suria sebagai tenaga alternatif utama di dalam aktiviti perbandaran untuk semua sektor di samping menggalakkan penggunaan tenaga alternative yang lain di dalam kawasan seluas 7,248.43 hektar
  • Mewujudkan sebuah pusat penyelidikan dan pembuatan teknologi tenaga suria bertaraf dunia yang akan menyumbang kepada sosio-ekonomi tempatan dan pembangunan yang mapan.

Objektif Pembangunan MWSV adalah seperti berikut :

  • Membangunkan ekonomi hijau disamping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan berteraskan teknologi termaju dan terkini.
  • Menyediakan pembangunan lestari melalui pendidikan dan kesedaran penduduk setempat.
  • Meningkatkan dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan perancangan gunatanah yang sediada dan baru kearah pembangunan lestari.
  • Menyediakan polisi, rangka kerja pembangunan dan garis panduan yang kondusif untuk iklim pelaburan tempatan.
  • Mewujudkan penanda arasan “carbon footprint’ yang standing dengan piawaian antarabangsa.

Antara Faedah-Faedah Perlaksanaan Melaka World Solar Valley Adalah Seperti Berikut :

  • Penjimatan tenaga elektrik konvensional melalui perlaksanaan system aktif dan pasif suria di dalam aktiviti harian dan aktiviti perbandaran.
  • Menyediakan Teknologi Hijau (suria) bagi pasaran setempat dan global.
  • Menyediakan peluang pekerjaan.
  • Mewujudkan sumber tenaga kerja yang mahir dan mengadaptasi teknologi terkini khususnya Teknologi Hijau (suria).
  • Pembangunan Teknologi Hijau yang baru melalui kemudahan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan (RDIC).
  • Mewujudkan kesedaran awam untuk penggunaan tenaga secara mapan.

Beberapa perancangan projek berteknologi hijau bagi fasa pertama telah dilakukan diantaranya pemasangan lampu jalan LED, pembangunan sesebuah bangunan berkuasa rendah tenaga dengan penggunaan panel suria di bumbung, perancangan Pusat RDIC (Research, Development, Innovation and Commercialization Centre) dan juga “Solar Farm” Rembia yang sedang rancak membangun kini.

Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk melihat semua premis pejabat kerajaan dan swasta, kilang-kilang, sekolah dan termasuk rumah-rumah kediaman di dalam kawasan Melaka World Solar Valley menggunakan sepenuhnya teknologi hijau (suria) ini demi memartabatkan Negeri Melaka sebagai negeri yang menggunakan sepenuhnya teknologi hijau.

  • Building Integrated Photo-Voltaic (BIPV) Solar Community yang pertama di Malaysia.
  • Bertempat di Taman Rembia Perkasa, Rembia, MWSV.
  • 10 rumah telah dipasang dengan panel solar dan telah menjual tenaga elektrik secara FiT kepada TNB.
  • MPAG bercadang untuk mengembangkan kepada 400 rumah di kawasan tersebut.
  • Pemilik rumah hanya menyediakan bumbung dan pemasangan dibuat oleh syarikat Green Energy Design Solutions Sdn Bhd
  • Flagship Development of Melaka World Solar Valley;
  • Planned on an area (122 acres) within Melaka World Solar Valley (7,248.43 hectares) as a Solar Industry Hub which involves research, development, innovation and commercialization activities and capable of capturing majority of solar energy technology market within this region;
  • Planned physical components consist of R&D Centre with industry players and universities (local or/and foreign) working together in R&D and producing marketable solar energy technology products and inventions that will contribute to the practicality and usability of solar energy technology products;
  • Components also include exhibition and accommodation facilities as well as commercial properties;
  • Buildings and infrastructure will be built based on green technology and approach;
  • RDIC Centre is planned to have complete chain of the solar industry which also include training and consultancy;
  • Supported by the Federal and State Government.

BANDAR HIJAU HANG TUAH JAYA

  • Bandar Hijau Hang Tuah Jaya dibangunkan untuk menjadikan sebagai sebuah bandar hijau yang mampan.
  • Di mana semua pembangunan bandar di kawasan ini mesti mematuhi standard piawaian bangunan hijau seperti Meterai Hijau Melaka, Green Building Index (GBI) dan Leadership In Energy & Environmental Design (LEED).
  • Bandar Hijau Hang Tuah Jaya kini meliputi kawasan seluas 5,152 ekar.

Projek-projek utama :

  • Pusat Rehabilitasi Perkeso
  • Solar Farm Gading Kencana 8MW
  • Bangunan Pentadbiran Akademi Teknologi Hijau
  • Dewan Citra Kasih
  • Rumah Citra Kasih
  • Dan Lain-Lain Pembangunan Hijau

BAS ELEKTRIK

  • Merupakan Bas Elektrik pertama beroperasi di Malaysia yang dioperasikan oleh Panorama Melaka Sdn Bhd
  • Dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 6 Januari2014
  • Beroperasi di sekitar kawasan Bandar Warisan Dunia (UNESCO)
  • Boleh beroperasi sejauh 280 km dengan caj penuh. Stesen cas ditempatkan di Melaka Sentral

E-WASTE ALAM ALLIANCE DI MELAKA

  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya adalah salah satu bandar perintis bagi Low Carbon City Framework (LCCF) dengan KeTTHA
  • Kawasan seluas 1,956.57 ekar dikawasan Bandar MITC, Hang Tuah Jaya.
  • Dikenali sebagai ‘Bandar Rendah Karbon @ Hang Tuah Jaya 2014.
  • Pengiktirafan oleh KeTTHA pada 1 Januari 2014.

PROJEK PEMULIHARAAN SUNGAI MELAKA

  • Sungai Melaka menjadi tanda aras bagi pemulihan dan pengindahan sungai di seluruh negara.
  • Berjaya membersihkan dan memulihara Sungai Melaka, sistem mitigasi banjir serta sebagai produk pelancongan.
  • Menyusuri Sungai Melaka sejauh 4.5km dengan menaiki bot Melaka River Cruise.
  • Proses pemuliharaan dan keindahan untuk fasa 2 adalah sejauh 5.2km yang dijangka siap pada 2015.
  • Menerima ‘Green Apple Awards’ pada 11 November 2013 di London.

INVENTORI PELEPASAN GAS RUMAH HIJAU (GHG)

Melaka Green Technology Corporation in cooperation with International Council for Local Environmental Initiatives (ICLEI) had developed the Melaka State Greenhouse Gas Inventory. The data had been completed for the year 2013,2014 and 2015. Currently, data is being collected for year 2016 and 2017.

PROJEK ‘SUSTAINABLE CITIES’ : GLOBAL ENVIRONMENT FACILITY (GEF)­

Global Environment Facility (GEF) merupakan agensi antarabangsa utama yang menangani isu alam sekitar antarabangsa yang mempunyai kerjasama melibatkan 183 negara, institusi antarabangsa, pertubuhan alam sekitar dan pihak swasta. GEF bertindak sebagai agensi pelaksana bagi pembiayaan untuk pemuliharaan alam sekitar global.

Sejak 1991, GEF telah menyediakan dana sebanyak USD 14.6 Bilion dalam bentuk geran, USD 74.3 Bilion dalam bentuk pembiayaan bersama melibatkan 4,032 projek di 165 buah negara membangun. Antara bentuk bantuan dana yang diberi melibatkan sektor biodiversiti, perubahan iklim, lautan antarabangsa, kimia dan sisa.

United Nations Industrial Development Organisation (UNIDO) adalah salah satu agensi dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membantu memajukan pembangunan industri bagi mengurangkan kemiskinan, pembangunan global secara inklusif dan pembangunan industri lestari.

Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan kerjasama daripada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Perdana Menteri, telah mengemukakan Cadangan Projek Hijau ‘Sustainable Cities’ di Melaka kepada pihak Global Environment Facility (GEF) melalui pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan United Nations Industrial Development Organisation (UNIDO).

Melaka adalah bandar demonstrasi yang pertama di bawah Program ‘Smart Communities’ Nasional yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Sains dan Inovasi Global yang dipergerusikan oleh YAB Perdana Menteri dimana segala keputusan majlis di laksanakan oleh pihak MIGHT sebagai urusetia. Melalui usaha bandar demonstrasi di Melaka ini, ianya akan menjadi rujukan kepada bandar-bandar lain di Malaysia yang akan digerakkan oleh MIGHT dalam RMK-11.

Program Sustainable Cities memperuntukkan dana sebanyak USD 1.5 Bilion dalam tempoh 5 tahun pada peringkat permulaan yang melibatkan 23 buah bandar di 11 buah negara-negara membangun iaitu Brazil, China, Cote d’Ivoire, India, Malaysia, Mexico, Paraguay, Peru, Senegal, South Africa dan Vietnam. Melaka antara banda yang telah dipilih untuk dilaksanakan inisiatif hijau.

Program ini dijangka akan mewujudkan rangkaian yang kukuh antara bandar-bandar yang akan bertindak sebagai duta perancangan kemampanan bandar dengan faedah-faedah diperingkat tempatan dan global diantranya adalah
  • Memudahkan perkongsian pengetahuan di kalangan pemimpin-pemimpin bandaraya mengenai pembaharuan polisi dan inovasi
  • Membangunkan dan menggunakan standard yang sama bagi membantu meningkatkan kredibiliti, ketelusan dan kebolehgunaan untuk kemampanan alam sekitar dan pengurangan gas rumah hijau
  • Meningkatkan keupayaan pemimpin-pemimpin bandaraya untuk membangunkan dan melaksanakan Rancangan Bandar Rendah Karbon
  • Menyediakan kewangan untuk infrastruktur bandar mampan dipelbagai sektor seperti pengangkutan, tenaga, bangunan, sisa dan air

SIJIL PRESTASI TENAGA (SPT) BAGI BANGUNAN BUKAN KEDIAMAN

PENGENALAN KEPADA MANUAL SIJIL PRESTASI TENAGA

Dokumen ini adalah manual pelaksanaan SIJIL PRESTASI TENAGA (SPT) bagi bangunan bukan kediaman atau Energy Performance Certificate (EPCert). Manual ini disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif Sijil Prestasi Tenaga, selaras dengan kehendak dan keperluan negara untuk meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Baharu (TBB), Kecekapan Tenaga (KT) dan Teknologi Hijau (TH) di Malaysia. Ia mengandungi dasar dan objektif Sijil Prestasi Tenaga serta dasar-dasar dan prinsip-prinsip asas yang memandu kepada pelaksanaan Sijil Prestasi Tenaga untuk bangunan-bangunan bukan kediaman di Malaysia. Manual ini diperlengkapkan lagi dengan prosedur, arahan kerja dan dokumen sokongan yang berkaitan dengannya. Manual ini disediakan oleh jawatankuasa di bawah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

TUJUAN

Tujuan manual ini disediakan adalah untuk:
  • Menerangkan maklumat asas panduan pelaksanaan Sijil Prestasi Tenaga.
  • Memberikan penerangan mengenai Sijil Prestasi Tenaga yang selaras dengan kehendak dan keperluan Malaysian Standard; Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy For Non-Residential Buildings (MS 1525:2007) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS 1984).
  • Menggariskan dasar dan prinsip asas Sijil Prestasi Tenaga bagi membantu pihak yang berkepentingan memahami keperluan bangunan cekap tenaga.

    TOP